PKR kecewa pembentangan 1MDB tidak lengkap
KUALA LUMPUR: PKR tidak berpuas hati dengan pembentangan hasil siasatan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana ia hanya membentangkan penemuan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sahaja.
Menyifatkan pembentangan hari ini tidak lengkap, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali (Gombak-PKR) berkata laporan siasatan Ketua Audit Negara keatas 1MDB sepatutnya disertakan bersekali pembentangan laporan PAC hari ini supaya Dewan Rakyat maklum akan takat kesan salahlaku atau salahurus kewangan yang didakwa berlaku dalam syarikat itu sepenuhnya.
Paling mendukacitakan, Dewan Rakyat tidak diberi peluang untuk membahaskan penemuan siasatan PAC.
“Kita rasa kecewa kerana perkara ini tidak dibentangkan hari ini, yang juga hari terakhir (persidangan). Sepatutnya laporan Ketua Audit Negara dan PAC ini bukan sahaja dibentangkan (tetapi dibahaskan).
“Kalau kita tengok order paper (kertas aturan mesyuarat) tiada ruang untuk kita membahaskan tentang PAC. Ini satu perkara yang tidak demokratik,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.
Ketika ditanya mengapa hasil siasatan Ketua Audit Negara tidak dibentangkan, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata laporan Ketua Audit Negara itu khas untuk penelitian PAC sahaja.
PAC dianggotai oleh wakil rakyat daripada blok pemerintah dan pembangkang.
Berdasarkan kepada penemuan Ketua Audit Negara, PAC membentangkan laporan setebal 106 mukasurat hari ini selepas tertangguh beberapa kali.
Walaubagaimanapun, R Sivarasa (Subang-PKR) mempersoalkan mengapa laporan PAC ini masih dilindungi dibawah OSA.
“Kita difahamkan laporan masih diklasifikasikan dibawah OSA masa prosiding berjalan, itu kita tidak ada masalah
“Persoalannya kenapa kerajaan Barisan Nasional enggan klasifikasikan dokumen itu. Ada apa-apa yang nak disembunyikan?” soalnya.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/25MAHTX
Post a Comment