Hi! Welcome Back and Stay Tune! 1 lawan 10, tapak tangan penjenayah putus ditetak mangsa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

1 lawan 10, tapak tangan penjenayah putus ditetak mangsa

machetePETALING JAYA: Seorang bekas komando berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rompakan 10 penjenayah ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dekat Cameron Highlands kelmarin.

Menurut laporan China Press dan Sin Chew Daily, kejadian itu berlaku sekitar jam 11 malam Sabtu lalu ketika John yang berasal dari Perkampungan Orang Asli di Pos Menson dalam perjalanan dari Ringlet ke Lembah Bertam.

Tiga kenderaan tiba-tiba mengepung keretanya di bahagian depan, belakang dan tepi sebelum 10 perompak muncul dan merompak beliau.

“Kumpulan lelaki itu berusia 20-an hingga 30-an, saya cakap tak ada duit dan mereka tanya pandu kenderaan besar takkan tak ada duit?” kata Orang Asli itu yang juga seorang pengusaha rumah inap desa.

Menurutnya, beliau cedera di bahagian kepala serta badan kerana ada di kalangan penjenayah itu yang bersenjatakan topi keledar dan pisau kecil.

“Saya sempat mencapai parang yang diletakkan di tepi pintu kereta dan segera menghayun ke arah penjenayah itu menyebabkan tapak tangan seorang penjenayah terbabit terputus.

“Pihak lawan menjadi cemas dan segera melarikan diri dengan kenderaan masing-masing. Seorang daripada mereka sempat mengutip tapak tangan yang terputus itu,” katanya.

Mangsa kemudiannya menghubungi rakan beliau sebelum pulang ke rumah. Beliau membuat laporan polis keesokan harinya.

Selepas menceritakan detik-detik cemas melawan 10 penjenayah kepada rakannya, mereka bertindak memuat naik ke laman media sosial yang seterusnya menjadi perhatian ramai.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1X76QU7

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.