Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kampung jutawan rela bayar RM1 juta, tak nak pelarian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kampung jutawan rela bayar RM1 juta, tak nak pelarian

Kampung-Oberwil-Lieli-di-Switzerland

PETALING JAYA: Kampung Oberwil-Lieli di Switzerland yang merupakan antara kampung terkaya di Eropah rela didenda pun tidak mahu menerima 10 pelarian dari Syria.

Menurut laporan Daily Mail, kampung yang mempunyai pemandangan indah dan jauh daripada hiruk-pikuk di bandar itu menjadi pilihan tempat tinggal golongan kaya-raya di mana 300 daripada 2,200 penduduk kampung berkenaan terdiri daripada jutawan.

Mengikut kuota yang ditetapkan kerajaan Switzerland, kampung itu sepatutnya menerima 10 pelarian dari Syria.

Bagaimanapun, hasil pungutan suara pada 1 Mei lalu mendapati 52% penduduk membantah penerimaan pelarian itu dan rela didenda £200,000 atau kira-kira RM1 juta setiap tahun.

Ada di kalangan penduduk Oberwil-Lieli yang sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk membayar sebahagian daripada denda yang dikenakan pihak berkuasa itu.

“Kami tidak mahu mereka di sini, ia semudah itu. Kami telah bekerja keras sepanjang hidup dan mempunyai sebuah kampung yang kami tidak mahu ia dirosakkan.

“Kami tidak sesuai terima pelarian. Mereka tidak akan dapat sesuaikan diri di sini,” kata seorang penduduk kampung terbabit kepada MailOnline.

Ketua kampung Andreas Glarner berkata, hasil pendapatan tahunan kampung itu cukup untuk menampung jumlah denda berkenaan bagi mengelakkan kemasukan pelarian.

Beliau turut menepis dakwaan kononnya mereka rasis, sebaliknya ia adalah bantahan terhadap tindakan kerajaan yang enggan mendedahkan kumpulan pelarian itu berasal dari mana dan sama ada mereka ialah penghijrah ekonomi dari negara lain.

Tambahan katanya, serangan seksual ke atas ratusan wanita di Cologne, Jerman oleh lelaki asing pada malam tahun baru juga antara faktor penduduk kampung itu menolak kemasukan pelarian.

Sekalipun bukan anggota Kesatuan Eropah, kerajaan Switzerland telah berjanji akan menerima kira-kira 3,000 pelarian Syria dengan 1,000 daripadanya akan ditempatkan dalam tempoh beberapa bulan ini dan akan dibahagikan kepada bandar-bandar dan kampung-kampung seluruh negara itu.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1XI1ahG

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.