Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saksi kes gaduh ADUN Kedah diminta tampil beri keterangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saksi kes gaduh ADUN Kedah diminta tampil beri keterangan

polis

ALOR SETAR: Pihak polis meminta saksi yang melihat dakwaan pergaduhan yang melibatkan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan seorang individu pada 15 Mei lepas di sini agar tampil memberi keterangan.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abd Jalil Hassan berkata siasatan kes berkenaan masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan sehingga kini pihaknya telah mengambil keterangan daripada kedua-dua belah pihak bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Keterangan daripada doktor yang merawat mangsa yang terlibat juga akan diambil dan sekarang kita minta saksi yang ada ditempat kejadian terutamanya dua orang awam yang menaiki motosikal yang dilihat di dalam video yang cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

“Perakam video kejadian juga diminta untuk tampil memberi keterangan di balai polis berdekatan.

“Polis akan menjalankan siasatan dengan telus dan seadil-adilnya bagi mengetahui siapa yang bersalah dalam perkara ini,” katanya kepada pemberita pada majlis tamat latihan konstabel sukarelawan simpanan PDRM di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang pengadu yang dikenali sebagai Alif Adam Mohd Munaim mendakwa telah dipukul oleh tiga individu termasuk seorang ADUN di hadapan sebuah kompleks beli-belah.

-Bernama





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1X77DV8

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.