Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ridhuan Tee keluar MCA, enggan tanggung dosa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ridhuan Tee keluar MCA, enggan tanggung dosa

ridhuan-tee

KUALA LUMPUR: Pensyarah yang juga penceramah kontroversi Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengumumkan keluar daripada MCA hari ini, mendakwa parti komponen BN yang mewakili kaum Cina itu sebagai anti Islam selepas ia terang-terangan membantah usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Ridhuan, seorang Cina Islam yang sebelum ini ahli seumur hidup MCA berkata parti itu bertindak rasis terhadap umat Islam apabila ia membantah RUU yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, Khamis lalu, lapor Ismaweb hari ini.

“Saya tidak mahu menanggung dosa berada di dalam parti yang menjadi musuh Islam. Dengan ini saya mengisytiharkan keluar daripada MCA.

“Dulu saya berhempas pulas mahu menyertai parti ini walaupun mengambil masa empat tahun untuk lulus atas tujuan dakwah dan tidak mahu dikatakan masuk Melayu.

“Tetapi, sangkaan saya meleset apabila parti ini sangat perkauman dan menjadi musuh Islam. Siapa memusuhi Islam, dia musuh saya juga,” katanya.

Ridhuan berkata beliau kesal dengan MCA kerana parti itu sepatutnya sudah memahami Islam dan cara hidup bangsa Melayu setelah Malaysia merdeka hampir 60 tahun.

Beliau turut menggesa MCA dan Gerakan supaya keluar dari negara ini dan menubuhkan parti masing-masing di negara komunis.

“Mereka bukan saja buat-buat tidak faham, malah menghina bangsa peribumi yang mahukan hak di bumi sendiri. Jika MCA dan Gerakan mahukan cara hidup yang lebih baik cari bumi sendiri.

“Hormat sikit peribumi di sini. Ini tanah mereka, mereka berhak mendapat apa yang sepatutnya menjadi hak mereka, sedangkan MCA, Gerakan, DAP dan yang lainnya tiada hak untuk campur tangan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1TRN5wO

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.