Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hudud: Ultra kiasu bangkit bersatu, mana orang Melayu? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hudud: Ultra kiasu bangkit bersatu, mana orang Melayu?

ridhuan-tee-hudud

PETALING JAYA: Penceramah kontroversi Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menempelak tindakan berdiam diri pemimpin Melayu dan Islam yang tidak melawan golongan membantah pelaksanaan hudud di negara ini.

Beliau berkata hak orang Melayu dan Islam seharusnya dipertahankan daripada dihuru-harakan oleh puak yang digelar ‘ultra kiasu’ dalam negara ini.

“Jika umat Islam tidak berhak ke atas cara hidup dan undang-undang, apakah lagi yang tinggal kepada umat Islam hari ini? Sudahlah kekayaan ekonomi dibolot oleh orang lain. Sampai ke peringkat nak dapatkan cara hidup sendiri pun tidak dibenarkan.

“Apakah mereka sudah lupa negara ini berasal-usulkan kepada ketuanan Melayu dan Islam? Peliknya, dalam kalangan kita sebagai umat Islam, tidak ada yang berani melawan ultra kiasu. Ke mana hilangnya semua telur itu,” tulisnya dalam kolumnya di Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian susulan tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen baru-baru ini ditentang beberapa pihak.

Bukan saja DAP tidak bersetuju dengan pembentangan RUU itu, malah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam turut mengugut meletakkan jawatan daripada Kabinet jika RUU itu diluluskan di Parlimen.

Sementara itu, Ridhuan juga menggesa pihak yang menentang pelaksanaan RUU itu membuktikan jika ada kes menunjukkan orang Islam menzalimi orang bukan Islam.

“Kenapa kita boleh menerima cara hidup dan undang-undang barat serta komunis tetapi begitu memandang hina kepada Islam?

“Pernahkah umat Islam atau pemerintah Islam mengambil hak bukan Islam selama ini? Buktikan kepada saya berapa kes orang Islam menzalimi bukan Islam?,” katanya.

Katanya, kerajaan Malaysia terlalu baik kerana tidak bertindak seperti China yang mengharamkan lima media sosial seperti Google, Instragam, Twitter, Facebook dan Snapchat bagi mengekang pengaruh Barat daripada merosakkan mereka.

“Kenapa ultra kiasu tidak bantah kerajaan negara China bertindak sedemikian. Sekiranya, Malaysia melaksanakan sedemikian, sudah tentu akan riuh-rendah atau roboh Parlimen dengan hiruk-pikuk suara ultra kiasu ini,” katanya.

RUU itu pada awalnya disenaraikan sebagai agenda terakhir yang akan dibahaskan dalam sesi Dewan Rakyat sehingga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said mengusulkan ia dipercepatkan supaya sempat dibentangkan dalam sidang itu.

Hadi kemudiannya memohon pembentangan RUU itu ditangguhkan sehingga sidang Parlimen berikutnya pada Oktober nanti.

Jika RUU itu diberi lampu hijau daripada Dewan Rakyat, ia akan membuka laluan kepada PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1X7bsJW

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.