Belantan
Belantan |
Pakatan dikatakan tarik 'handbrake’ bantu Pas? Posted: 29 May 2016 11:17 AM PDT Dengar khabar kerajaan PKR Selangor diketuai Mohamed Azmin Ali tarik 'handbrake' sebaik sahaja Pas mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr. Rani Osman sebagai calon di Sungai Besar. Timbalan Presiden PKR itu nampaknya 'sentap' habis. Bukan sahaja jentera kerajaan negeri difahamkan tidak akan digunakan untuk membantu calon Pas, bahkan organ rasmi pakatan pembangkang di negeri itu, Selangorkini dan TV Selangor pun terpalit sama. Dikatakan jika sebelum ini tempat penginapan untuk petugas di Sungai Besar telah disediakan. Namun bila Pas tidak mempedulikan 'arahan' pucuk pimpinan pakatan jangan letakkan calon, kemudahan itu ditarik balik. Terpaksa berulang alik? Betulkah? Mohamed Azmin nampaknya 'berpatah arang' dengan Pas. Ugutannya sebelum ini yang mahu memecat tiga Exco Pas pun tak jalan bila tempoh yang ditetapkan Isnin lalu berlalu. Pakatan pembangkang dikatakan hanya merestui PAN atau PKR bertanding di Sungai Besar. Tetapi yang lebih 'dekat di hati' DAP adalah PAN kerana bukan sahaja hubungan baik ketuanya, Mohamad Sabu dengan 'dinasti Lim' tetapi demi memecahkan sokongan pengikut Pas. Difahamkan, sama ada Mohamad Sabu atau calon Pas Parlimen Kuala Selangor yang tewas 460 undi pada 2013, Dr. Dzulkefly Ahmad akan diumumkan 1 Jun ini, sekali gus memasuki senarai calon dalam persaingan tiga penjuru nanti. Kalau PAN masuk, adakah Selangorkini dan TV Selangor dapat balik apa yang 'hilang'? Mohamed Azmin tidak dapat 'beri muka' kepada Pas yang meletakkan kedudukannya sekarang (jawatan menteri besar) kerana kedudukannya pun 'tersepit'. Di sebelah kanan, Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memerhati manakala di sebelah kiri, DAP yang anti-Pas meneliti gerak gerinya. Tiga hari lepas Mesyuarat Biro Politik PKR dipengerusikan Wan Azizah memutuskan agar Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli melaporkan dakwaan wujud habuan wang dan wanita ketika berurusan dengan Kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pening kepala Mohamed Azmin. Setakat ini Mohamed Azmin bernasib baik. Semua itu Kerajaan Pusat yang terlebih dahulu selesaikannya. PKR hanya ambil nama sahaja. Isu-isu yang melanda Mohamed Azmin sebelum ini pun juga tiada satu pun yang dijawab secara tepat. Isu melibatkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dan 'kehilangan' dana penstrukturan air sebanyak RM7.6 billion, apa kesudahannya? Itu belum lagi isu berhubung agihan zakat, DEIG, kos cat pintu gerbang Selangor yang memakan belanja RM9.7 juta dan balak. Apa ceritanya? Pilihan raya kecil Sungai Besar akan menjadi 'tanda aras' kedudukan Mohamed Azmin. Dan keputusannya paling ditunggu oleh Wan Azizah - orang yang masih 'gigit jari' untuk mengisi jawatan menteri besar. Suara Politik Belantan |
You are subscribed to email updates from Belantan. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
from BLOG - BLOG PRO POLITIK http://ift.tt/1NY3TC3
Berita Politik Tempatan Gidei-Giyen-Ginan
Post a Comment