Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bernama nafi berita Najib tangguh lawatan ke Terengganu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bernama nafi berita Najib tangguh lawatan ke Terengganu

NajibKUALA TERANGGANU: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menafikan mengeluarkan sebarang berita yang menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menangguhkan lawatan rasmi ke Terengganu.

Ketua Biro Bernama Terengganu Zalina Maizan Ngah berkata berita itu adalah palsu dan fitnah.

“Ini kali keempat Bernama digunakan sebagai sumber berita dan disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp. Saya baru sahaja dimaklumkan mengenai berita palsu ini oleh Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman dan saya berharap tiada sesiapa yang akan percaya mengenainya,” katanya.

Berita palsu itu menyatakan bahawa lawatan yang sepatutnya berlangsung pada 23 Mei ini terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Zalina Maizan berkata sehingga kini tidak ada seorang pun wartawan Bernama dari Terengganu yang menulis berita sedemikian dan keadaan terbaharu ini akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) seperti mana laporan palsu sebelum ini.

Pada 11 Mac lepas, Zalina Maizan membuat laporan polis berkaitan artikel bertajuk ‘Rosli Sedia Jadi Penggerak Puteri Umno Terengganu’ dan pada 20 April lepas, laporan polis kali kedua dibuat berkaitan artikel ‘Pas Terengganu Siap Sedia Hadapi Pilihan Raya Negeri’.

Beliau sekali lagi membuat laporan polis pada 4 Mei berhubung artikel yang bertajuk ‘Umno Terengganu Berdepan Laluan Sukar Hadapi Pilihan Raya-Veteran’.

–Bernama





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/27G2V3E

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.