Hi! Welcome Back and Stay Tune! PRK Kuala Kangsar: Pemuda BN yakin peroleh majoriti besar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PRK Kuala Kangsar: Pemuda BN yakin peroleh majoriti besar

Hairul-Anwar-Mohamed-Noor_perak_kuala-kangsar_NEW

IPOH: Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak yakin dapat memperoleh lebih 3,000 majoriti undi pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar bulan depan sekiranya dapat menangkis pelbagai isu yang dibangkitkan pembangkang..

Ketua Pemudanya Hairul Anwar Mohamed Noor berkata Pemuda BN bersedia dengan maklumat yang sahih bagi menangkis tohmahan dan fitnah termasuk isu dana RM2.6 bilion yang sering dilemparkan pembangkang menerusi media sosial.

Katanya Pemuda BN akan mengambil pendekatan sebagai ejen pemasaran bagi mendekati kira-kira 35 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di kawasan Parlimen itu seramai 32,632 orang.

“Walaupun pihak pembangkang mengatakan mereka ada peluang tetapi kami yakin dengan strategi, jentera parti dan kami telah membuat analisis dan berkeyakinan penuh BN dapat mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

“Pemuda BN tidak akan buat program syok sendiri kerana kita perlukan pendekatan yang lebih terperinci dengan mendengar harapan pengundi muda termasuk pengundi atas pagar,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan
dengan parti komponen BN di sini malam tadi.

Hairul Anwar berkata Pemuda BN menyokong sesiapa sahaja yang dipilih sebagai calon BN dan akan mempertingkatkan gerak kerja di setiap pusat daerah mengundi dengan menjalankan tugas secara solidariti bersama parti komponen lain.

PRK Kuala Kangsar perlu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lepas.

Turut terkorban dalam nahas itu ialah Anggota Parlimen Sungai Besar, Selangor yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon.

Pada pilihan raya umum ke-12, Wan Mohammad Khai-ril memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun.

Bernama





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1TtiIgb

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.