Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemimpin DAP, AMANAH tolak cadangan Zaid tubuh gabungan baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemimpin DAP, AMANAH tolak cadangan Zaid tubuh gabungan baharu

steven-sim-zulkifly-zaidPETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP Steven Sim berkata tiada gunanya Pakatan Harapan dilihat bersatu seperti BN, jika ia menggadaikan kesamarataan dan kebebasan berbeza pandangan antara parti.

“Apakah kos untuk kesatuan dalam BN? Sistem diktator di mana presiden UMNO memegang semua kuasa dan sumber, dan jika tidak setuju akan dihukum. Adakah rakyat bersedia melihat formula yang sama dalam Pakatan?

“Jangan obses dengan kesatuan politikus. Apabila politikus elit bersatu, rakyat perlu bimbang. Dan apabila mereka tidak, itu bermakna wujudnya demokrasi,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim semalam yang sekali lagi mencadangkan DAP dan AMANAH membentuk gabungan politik baharu, susulan berpendapat parti dalam Pakatan Harapan terlalu sibuk merebut kedudukan dan bertegang leher antara satu sama lain.

Steven berkata Zaid sendiri sepatutnya amat memahami cabaran membina kepercayaan dan kerjasama strategik memandangkan beliau sendiri gagal untuk kekal dalam satu-satu parti.

Menyifatkan Pakatan Harapan sebagai ‘tiada arah tuju dan tidak bermakna’, Zaid semalam menawarkan diri untuk berbincang dengan pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu untuk membentuk gabungan politik baharu, kali ini tanpa PKR.

Beliau sebelum ini pernah mengajukan perkara sama selepas DAP dan PKR berebut kerusi ketika PRN Sarawak lalu.

Sementara itu, Pengarah Strategi AMANAH Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau sentiasa ‘memandang serius’ sebarang cadangan yang menjejaskan solidariti pembangkang, walau apa pun hujahnya.

“Saya faham pertimbangan beliau, tetapi saya nak ingatkan berhubung soal menguruskan persepsi rakyat. Nanti mereka akan fikir lebih baik memberikan kuasa kepada BN yang stabil walaupun bejat, berbanding pembangkang yang wibawa tetapi berpecah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menolak cadangan Zaid tersebut, sebaliknya menggesa seluruh pihak pembangkang berserta NGO mewujudkan sebuah gabungan besar bagi melawan BN.

“Antara pengajaran daripada PRN Sarawak yang lalu ialah seluruh pembangkang, termasuk gabungan PAS-IKATAN perlu insaf tentang keperluan untuk bersatu bagi menumbangkan BN,” katanya.

 





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/20diSZt

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.