Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenduri Kahwin Bertukar Jadi Kenduri Arwah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenduri Kahwin Bertukar Jadi Kenduri Arwah

1

 

Kenduri Kahwin Bertukar Jadi Kenduri Arwah | Harapan seorang ibu untuk melihat anak sulungnya melangsungkan perkahwinan tidak tercapai apabila anaknya itu disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer (KM) 55, Jalan Gua Musang – Kuala Krai pagi semalam.

Semasa insiden menyedihkan itu, Amirul Mohd Asri yang menunggang motosikal itu dan kakaknya Norhayatie dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Perupok Jenereh, Pasir Mas dari Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Saiful Bahri Abdullah menyatakan motosikal mangsa hilang kawalan apabila melalui selekoh di kawasan berkenaan sebelum terbabas dan merempuh tembok.

Ibu mangsa, Norizan Mamat menyatakan dia masih lagi terkejut dengan berita itu sehingga kini dan seolah-olah tidak percaya kedua-dua anak kesayangannya itu pergi serentak.

“Tinggal sembilan hari lagi kenduri kahwin akan diadakan, barang-barang persiapan seperti bunga telur, hantaran semua dah siap.

“Ini merupakan kenduri kahwin pertama keluarga kami dan seekor lembu akan ditumbangkan untuk menjamu saudara mara serta tetamu.

“Saya tidak menyangka kenduri kahwin ini akan bertukar menjadi kenduri arwah dan jika dihitung 29 Mei ini genaplah tujuh hari pemergian kedua-dua arwah,” katanya.

2 3

The post Kenduri Kahwin Bertukar Jadi Kenduri Arwah appeared first on Media Sensasi.





Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.