Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemimpin PKR dedah surat Anwar untuk jadi hero? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemimpin PKR dedah surat Anwar untuk jadi hero?

Wan-Azizah_anwar_surat_6000

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR didakwa mendedahkan surat bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semata-mata untuk menjadi hero.

Menurut laporan China Press, Wan Azizah membacakan surat sepanjang lapan muka surat itu dalam mesyuarat tertutup Biro Politik PKR pada 10 Mei lalu.

Difahamkan, seorang pemimpin PKR bertindak mendedahkan isi kandungan surat itu ketika berada di Kedah dan dia kemudiannya turut memberitahu wartawan portal berita mengenai surat berkenaan.

Sumber itu berkata, sesetengah pemimpin parti itu menafikan kewujudan surat berkenaan sebelum ini bagi mengelakkan Wan Azizah disiasat Kementerian Dalam Negeri.

Tambah sumber itu lagi, pendedahan surat itu akan menyebabkan pihak berkuasa memantau lebih ketat perjumpaan Anwar dengan peguam dan ahli keluarganya.

Difahamkan, ramai pemimpin PKR tidak puas hati dengan tindakan pembocor rahsia itu dan mereka bercadang mengemukakan usul dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin terbabit.

Bagaimanapun sehingga kini mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR belum diadakan.

Kelmarin, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dilaporkan sebagai berkata Akta Penjara 1995 menyatakan seseorang yang menyeludup atau cuba menyeludup barang larangan masuk atau keluar dari penjara sebagai satu kesalahan.

Akta Penjara memperuntukkan barang larangan dibawa masuk atau keluar adalah dadah, wang atau arak dan termasuk alat atau artikel seperti ditetapkan komisioner jeneral dari semasa ke semasa.

“Sepatutnya kena ada siasatan, tetapi surat sudah pun keluar…Jabatan Penjara perlu berhati-hati selepas ini,” kata Nur Jazlan.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1YHhbTE

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.