Hi! Welcome Back and Stay Tune! Viral gambar bangkai kucing, UTMKL beri penjelasan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Viral gambar bangkai kucing, UTMKL beri penjelasan

bangkai-kucingPETALING JAYA: Pengarah kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Prof Dr. Durrishah Idrus  menyeru supaya viral gambar foto menunjukkan beberapa bangkai kucing di perkarangan kampus tersebut dihentikan.

Durrishah menafikan dakwaan berlaku penganiayaan dan menyatakan bangkai haiwan tersebut diambil dengan kehadiran pegawai-pegawai keselamatan untuk tujuan siasatan.

Menerangkan secara lanjut dalam laman sosial Facebooknya, Durrishah berkata pihaknya mendapati kehadiran anjing liar dalam kawasan kampus sehari sebelum kejadian yang memungkinkan kucing tersebut mati digigit anjing itu.

“Apa yang berlaku ialah sekumpulan anjing liar telah berjaya masuk dalam kawasan kampus, kemudiannya berjaya dihalau keluar. Ia berlaku sehari sebelum, iaitu senja ke malam. Bangkai kucing ditanam esoknya, dan memang ada kesan gigitan.

“Malangnya, ada orang yg ada akses kepada gambar menyebar cerita kucing diracun. Tak pernah berlaku kucing diracun di UTMKL, malah ada ramai pencinta kucing yg memberi atau membelikan kucing makanan,” katanya dalam muatnaik tersebut.

Beliau juga menegaskan bahawa perkara tersbeut telah selesai disiasat dan yang menyebar berita palsu pula telah memohon maaf kepada UTMKL secara rasmi.

Gambar foto lima bangkai kucing mati di kampus UTMKL menerima kecaman orang ramai yang khuatir kucing-kucing tersebut diracuni dan dibunuh secara kejam.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/27G2PZO

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.