Halal Speed Dating Sedang Mengumpulkan Dana Untuk Hadir Dengan Aplikasi Mudah-Alih
Halal Speed Dating merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna bertemu dengan pasangan dan pada masa yang sama dipantau oleh penjaga mereka. Kini, perkhidmatan yang hanya ditawarkan dalam bentuk sebuah acara ingin turut memperluaskan penawaran mereka dalam bentuk aplikasi.
Buat masa ini, pembangun Halal Speed Dating sedang mengumpulkan dana melalui laman FundedByMe untuk jumlah sehingga RM350,000 dan pertukaran pegangan ekuiti sebanyak 9.04%.
Melalui aplikasi Halal Speed Dating kelak, pengguna boleh berhubung dan menemui calon yang sesuai dengan anda. Ia turut dilengkapi dengan sokongan permesejan yang turut dipantau oleh pihak ketiga seperti ahli keluarga sendiri.
Halal Speed Dating mengatakan aplikasi mudah-alih mereka akan implementasi kaedah pertemuaan jodoh yang selari dengan syariah dan berbeza dengan Tinder dan sebagainya. Mereka turut menjangka untuk mengintegrasikan sokongan pembayaran dalam-aplikasi untuk menjana pendapatan melaluinya.
Ketika artikel ini ditulis, aplikasi ini telah mencapai sasaran sehingga 81% dan masih berbaki selama 43 hari lagi untuk tamat sepenuhnya.
Labur : Halal Speed Dating
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1U3wLoE
Post a Comment