Hi! Welcome Back and Stay Tune! U Mobile Akan Melancarkan Fungsi Panggilan WiFi Pada Minggu Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

U Mobile Akan Melancarkan Fungsi Panggilan WiFi Pada Minggu Hadapan

Ia telah sedia maklum yang mana syarikat telekomunikasi tempatan akan memperkenalkan sokongan panggilan suara melalui WiFi pada tahun 2016 ini. Kini, mengambil langkah awal, U Mobile menjadualkan acara khusus pada minggu hadapan untuk melancarkan fungsi panggilan suara melalui WiFi pada perkhidmatan mereka.

U Mobile WiFi Calling

Menggunakan fungsi panggilan WiFi ini, ia membolehkan pengguna kekal berhubung menggunakan nombor telefon sedia ada mereka dan menghantar SMS menggunakan rangkaian WiFi – walaupun pada lokasi dimana rangkaian penyedia adalah lemah, terutamanya pada bangunan yang tinggi.

Seperti biasa, pengguna akan perlu mempunyai telefon pintar yang menyokong fungsi berkenaan untuk boleh menggunakannya. Kebanyakkan telefon pintar baru sedia menyertakan sokongan berkenaan, dan mungkin tiada masalah untuk kebanyakkan pengguna tempatan.

U Mobile menjadualkan acara pelancaran mereka pada Khamis depan, 26 Mei. Seperti biasa, kami akan membawakan liputan semasa daripada acara berkenaan pada minggu hadapan.





Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1TtgWM4

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.