Nenek, cucu rentung berpelukan, rumah terbakar
PUTATAN: Seorang nenek bersama cucu perempuannya ditemui rentung dalam keadaan berpelukan selepas terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan tiga rumah di Kampung Contoh Petagas, malam tadi.
Mangsa, Kiah Awang, 86, dan cucunya Nurul Farhana Zulkifli, 15, ditemui anggota Jabatan Bomba da Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas selesai memadamkan api dalam kejadian 8.15 malam itu, lapor Harian Metro.
Ketua Zon 1 Sabah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Hamsa Hamsa Isnurdinu berkata bomba menerima panggilan pada 8.29 malam dan mengerahkan tiga jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang ke lokasi kejadian.
“Bomba mendapati tiga rumah separa kekal sedang terbakar dan terus menjalankan kerja mengawal serta memadam api. Api dikawal sepenuhnya pada 9.10 malam.
“Pemeriksaan awal kemudian menemui dua mayat rentung dalam satu daripada rumah yang terbakar ini,” katanya.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1rXUYGD
Post a Comment