Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Bekerjasama Dengan IMAX Untuk Menghasilkan Kamera Khas Realiti Maya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Bekerjasama Dengan IMAX Untuk Menghasilkan Kamera Khas Realiti Maya

Google nampaknya serius dalam pembangunan peranti dan kandungan realiti Maya. Semalam mereka memperlihatkan Google Daydream, platform realiti maya mereka yang berasaskan Android. Bagi menghasilkan kandungan berkualiti, mereka bekerjasama dengan IMAX bagi menghasilkan kamera realiti maya yang berkualiti Hollywood.

imax-google-logo-2IMAX ialah nama yang cukup gah dalam penghasilan filem serta video yang membuatkan penonton terasa seperti mereka benar-benar berada di dalam filem yang ditonton. Dengan kerjasama ini, kamera kahs realiti maya akan dihasilkan seterusnya menghasilkan kandungan yang lebih berkualiti. Disamping itu kesemua kandungan IMAX akan diubah kepada format realiti maya.

Sebagai peminat filem (kami hanya menonton filem versi IMAX sejak dua tahun kebelakangan ini) dan kandungan IMAX, ini amat mengujakan. Dengan teknologi realiti maya kandungan IMAX boleh ditonton menggunakan peranti khas yang mampu milik. Kandungan klasik IMAX seperti Titanica boleh kami nikmati menggunakan Google Cardboard sahaja tanpa perlu ke pawagam khas dengan skrin IMAX .





Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/27FUNjQ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.