GrabCar Mengurangkan Tambang Sehala Ke Atau Dari KLIA Kepada RM65
GrabCar sebelum ini telah sedia menawarkan perjalanan sehala ke atau dari KLIA atau KLIA2 pada harga RM80. Kini, untuk bersaing dengan beberapa penyedia perkhidmatan lain, GrabCar mengurangkan harga penawaran mereka kepada RM65.
Penawaran harga rendah ini mungkin membuatkan ia menjadi salah satu pilihan utama untuk kebanyakkan pengguna yang ingin ke luar negara – apatah lagi dengan tambang menggunakan ERL yang kini mencapai harga melangkaui RM50.
GrabCar sebelum ini menawarkan perkhidmatan sama pada harga RM80 sehala, dan perubahan harga tambang ini adalah efektif daripada 9 Mei ini. Seperti sebelumnya, penumpang perlu menanggung kos tol yang terlibat dalam perjalanan.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1TyRzUP
Post a Comment