Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahfuz gesa PAS pulang ke pangkuan pakatan pembangkang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahfuz gesa PAS pulang ke pangkuan pakatan pembangkang

Datuk_Mahfuz_Omar

PETALING JAYA : Selepas tamparan kekalahan yang dihadapi pembangkang di PRN Sarawak baru-baru ini, PAS perlu menyambut pelawaan PKR untuk kembali menyertai Pakatan Harapan bersama DAP dan AMANAH, kata bekas ketua penerangan parti Islam itu Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz berkata walaupun itu bukan faktor utama penyebab kekalahan pembangkang di Sarawak tetapi ia cukup untuk menyumbang mesej kecelaruan kepada pengundi dan rakyat seluruhnya.

“Parti pembangkang perlu kembali ke meja perbincangan melalui pakatan yang boleh memberi harapan baru meyakinkan rakyat untuk perubahan masa depan Malaysia dengan merendahkan ego masing-masing.

“Semua parti pembangkang perlu melihat ke depan dan rakyat mahukan perubahan bermula dengan penyatuan dan kesepakatan parti pembangkang yang meyakinkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam mengajak PAS menyertai Pakatan Harapan bersama PKR, DAP dan AMANAH dalam berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-14.

Katanya, parti pembangkang juga perlu bermuhasabah diri atas kekalahan teruk pada PRN Sarawak sebagai indikasi rakyat Sarawak menolak parti pembangkang kerana pertelingkahan antara mereka.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tawaran Azmin kepada PAS dibuat kerana krisis dalam negara semakin kritikal dan perlu ditamatkan menerusi penggemblengan suara serta kuasa rakyat pelbagai latar belakang ideologi politik dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam satu Pakatan.

“Rakyat mengimpikan pakatan pembangkang yang benar meyakinkan mereka sebagai kerajaan menunggu,” katanya.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1WUDMgv

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.