Ulang Tahun UMNO secara sederhana pada Khamis
PETALING JAYA: Ulang Tahun UMNO ke-70 akan disambut pada Khamis ini dalam keadaan sederhana.
Sambutan yang sepatutnya diadakan pada Rabu (11 Mei) dipinda pada keesokan sebagai memberi laluan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan Majlis Santapan Malam Sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara,
Mengakui ia bukan masa yang sesuai untuk meneruskan acara tersebut, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sambutan akan membabitkan bacaan Yasin dan tahlil bagi mengenang jasa pemimpin terdahulu serta perjuangan UMNO.
“Ia juga bagi mengingati mangsa nahas helikopter membabitkan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon.
“Rasa sedih bukan hanya menyelubungi ahli keluarga mangsa tetapi juga ahli UMNO dan rakyat di seluruh negara,” katanya pada sidang media di sini, hari ini, lapor BH Online.
Sambutan tersebut akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Bagaimanapun, Karnival Himpunan Hari UMNO bersempena ulang tahun ke-70 yang dijadualkan 14 Mei ini di Dataran Merdeka dibatalkan, termasuk Sukan UMNO dan Larian Bendera UMNO yang sedang berlangsung di seluruh negara.
Ditanya tentang Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ibu pejabat UMNO dikatakan sudah membuat persiapan awal dengan melihat kepada senarai pengundi, kawasan, komposisi kaum, demografi dan calon berpotensi.
“Maklumat mengenai kedua-dua kawasan akan disampaikan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijangka hujung bulan ini,” katanya.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1rJx9SC
Post a Comment