Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes buli, ponteng sekolah catat penurunan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes buli, ponteng sekolah catat penurunan

Chong Sin Woon

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan berkata jumlah kes buli di sekolah mencatatkan penurunan meskipun video buli makin viral di media sosial.

Timbalan menteri, Chong Sin Voon berkata peratus keseluruhan masalah sosial dalam kalangan pelajar menurun sejak 2015.

Berdasarkan kepada senarai kerajaan, peratus kes pada 2012 adalah pada paras 2.03% dan turun kepada 2.01% untuk dua tahun seterusnya. Pada 2015, peratus turun ke 1.78%.

“Campurtangan pada 2014 menjadi penyebab penurunan ini. Langkah yang diambil termasuklah kaunseling dan pemantauan secara berterusan,” katanya seusai mesyuarat jawatankuasa membendung isu displin dalam kalangan pelajar, hari ini.

Sin Voon memaparkan ceraian bagi dua jenis contoh masalah displin yang menyaksikan penurunan, iaitu ponteng sekolah dan buli.

Pada 2012, sebanyak 17,343 kes ponteng sekolah direkodkan, dan turun kepada 15,039 kes dan 15,161 kes pada 2013 dan 2014.

Tahun lalu, sebanyak 14,496 kes ponteng sekolah direkodkan.

Manakala bagi kes buli pula, tahun 2012 dan 2013 menyaksikan sebanyak 4,159 dan 4,120 kes direkodkan. Pada 2014, kes buli di sekolah turun kepada 2,906 kes.

Tahun lalu, sebanyak 3,011 kes buli direkodkan.

Melihat kepada perkembangan ini, kementerian mahu mewajibkan kaunseling di semua sekolah.

“Kita mahu menggiatkan semula jawatankuasa di setiap sekolah untuk menyiasat isu-isu displin.

“Jawatankuasa itu akan menetapkan jenis kaunseling yang diperlukan oleh para pelajar,” kata Sin Voon.

Lazimnya, keputusan untuk memberikan kaunseling ditentukan oleh pengetua sekolah.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1VQ5ADP

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.