Hi! Welcome Back and Stay Tune! Program ‘Burger Percuma’ bukan kempen politik- Jamal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Program ‘Burger Percuma’ bukan kempen politik- Jamal

jamal yunos

PETALING JAYA: Program ‘Burger Percuma’ yang dianjurkan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos bukan kempen politik secara senyap.

Malah beliau menafikan sama sekali apabila ia dikaitkan sebagai strateginya untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar diadakan dalam masa terdekat.

“Saya tidak berniat pun untuk menjadi calon seperti mana yang diperkatakan ramai orang.

“Sebagai ketua bahagian dan Pengerusi BN Sungai Besar saya lebih lihat gerak kerja yang dilakukan adalah satu tanggungjawab,” katanya, lapor MStar Online.

Penganjur Himpunan Baju Merah sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas mempromosi ‘burger percuma’ kepada penduduk di Sekinchan dan Sungai Besar yang diiklankannya di dalam laman Facebook.

Ekoran itu, beliau dikatakan cuba berkempen secara senyap dan didakwa telah mula menonjolkan diri untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar.

Sedangkan kata Jamal, program ‘burger percuma’ itu dibuat di Sekinchan pada 24 April lalu sebelum kejadian nahas helikopter.

“Kebetulan pula, program ini diadakan di Sungai Besar pada 14 Mei maka ramai yang kritik mengatakan saya mahu bertanding dan sudah mula strategi kempen,” katanya.

Ketua UMNO bahagian Sungai Besar sejak tiga tahun lalu itu mengakui pihaknya masih dalam tempoh bertenang selepas kehilangan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon.

“Saya dan UMNO bahagian Sungai Besar menyerahkan kepada pucuk pimpinan menentukan calon yang layak untuk bertanding dalam PRK Sungai Besar bagi menggantikan Noriah.

“Memilih calon adalah hak mutlak Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, tapi sudah jadi lumrah kita akan menghantar nama calon untuk dipertimbangkan,” katanya.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1Wipd7E

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.