Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS umum bertanding di PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS umum bertanding di PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar

pas-bertanding

PAHANG: PAS mengumumkan akan letak calon dalam dua pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak meskipun Pakatan Harapan baru saja menyatakan hasrat untuk berbincang sesama sendiri terlebih dulu sebelum mencapai kata sepakat.

Harakah Daily memetik Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali sebagai berkata kekalahan calon PAS di Sungai Besar hanya menerusi majoriti 399 undi sementara di Kuala Kangsar, PAS tewas dengan 1,000 undi saja.

“Ini bermakna keputusan PRK nanti tidak seperti PRN Sarawak,” katanya berseloroh ketika berucap pada majlis perasmian Himpunan Jentera Pilihan Raya PAS Pahang di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Pahang.

Dua PRK itu dijangka akan diadakan berikutan kematian dua ahli Parlimen daripada BN dalam nahas helikopter di Sebuyau, Khamis lalu iaitu ahli Parlimen Sungai Besar yang juga timbalan menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan.

Selain juruterbang, turut menaiki helikopter itu ialah suami dan pengawal peribadi Noriah, Asmuni Abdullah dan Ahmad Sobri Harun serta Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pagi ini berkata Pakatan Harapan akan membincangkan sama ada mana-mana parti sekutunya akan bertanding pada dua pilihan raya kecil itu.

Kedua-dua kerusi itu secara tradisinya ditandingi PAS.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1ULB3WI

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.