Hi! Welcome Back and Stay Tune! PRK Sungai Besar mungkin sebelum Aidilfitri – Azmin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PRK Sungai Besar mungkin sebelum Aidilfitri – Azmin

Azmin-AliPETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjangkakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar mungkin diadakan pada bulan Ramadan yang bakal bermula bulan depan.

Malay Mail Online memetik beliau sebagai berkata, mana-mana PRK perlu diadakan dalam temoh 60 hari daripada tarikh kerusi itu diisytiharkan kosong oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan tempoh itu jatuh pada hari kedua atau ketiga Aidilfitri nanti.

“Itu jangkaan saya. Saya tidak rasa mereka akan mengadakan pilihan raya ketika Hari Raya.

“Jadi saya rasa sama ada pada bulan Ramadan atau sebelum Ramadan yang bermula 6 Jun ini,” katanya yang dilaporkan akhbar itu pada perhimpunan bulanan kerajaan negeri Selangor hari ini.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong, selepas wakil rakyat terbabit merangkap Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak, Khamis lalu.

Tragedi itu turut meragut nyawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; suami Noriah, Asmuni Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Sundaran Annamalai dan pengawal peribadi Noriah, Konstabel Ahmad Sobri Harun.

Satu lagi mayat ditemui pagi tadi, namun pihak berkuasa belum mengesahkan jika ia adalah milik juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.

 



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1TOghDt

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.