Hi! Welcome Back and Stay Tune! Islam haruskan guna vaksin bahan terlarang jika tiada pilihan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Islam haruskan guna vaksin bahan terlarang jika tiada pilihan

Mohamad-Shukri

KOTA BHARU: Islam mengharuskan penggunaan vaksin walaupun ia mengandungi bahan terlarang jika tiada pilihan ubat-ubatan yang lebih baik.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Islam menekankan penganutnya untuk menjaga agama, nyawa, akal, keturunan serta harta dan suntikan vaksin merupakan satu daripada cabang yang dibenarkan untuk menjaga kesihatan.

“Vaksin ini memang diharuskan oleh Islam kerana ia merupakan satu daripada ‘al-Wiqoyah’ iaitu satu (kaedah) penjagaan (kesihatan) dalam Islam,” katanya kepada BERNAMA selepas merasmikan Program Wacana Pendidikan Fatwa hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam sebelum ini dilaporkan berkata, kes dan wabak campak serta ruam meningkat di negara ini berikutan tentangan gerakan antivaksin yang menolak pemberian vaksin kerana khuatir ia mengandungi DNA khinzir.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata, walaupun dakwaan mengatakan vaksin yang disuntik kepada kanak-kanak itu mengandungi barang terlarang, namun ia tetap diharuskan jika kerajaan tidak mempunyai pilihan lain.

“Andai kata benar dakwaan itu dan pihak kerajaan tidak ada pilihan maka ia (suntikan vaksin) dibenarkan. Ia dipanggil keadaan darurat.

“Saya nasihatkan umat Islam supaya mengambilnya (suntikan vaksin) sebab imunisasi ini kita sudah ambil sekian lama dan bukannya perkara baru. Maka ia tiada masalah,” katanya.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini sudah memutuskan hukum pemberian vaksin sebagai satu usaha mengelakkan penyakit mudarat adalah harus.

– BERNAMA



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1SY0DGS

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.