Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pakatan Harapan belum bincang logo – DAP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pakatan Harapan belum bincang logo – DAP

Anthony Loke

PETALING JAYA: DAP akan membangkitkan isu pembentukan logo Pakatan Harapan dalam mesyuarat pimpinan pakatan akan datang.

Setiausaha Agung DAP Kebangsaan, Anthony Loke berkata pakatan yang dibentuk kira-kira 7 bulan lalu itu belum lagi membincangkan perkara itu.

“Perkara ini kita akan bincang dalam mesyuarat Pakatan Harapan nanti. Setakat ini belum ada perbincangan lagi,” katanya ringkas kepada FMT.

Semalam, bekas setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvan berkata Pakatan Harapan perlu mengikut jejak BN menggunakan satu logo ketika bertanding dalam semua pilihan raya.

Arutchelvan berpendapat penggunaan satu logo perlu bagi mengelakkan pertembungan antara parti sekutu, seperti yang disaksikan dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini.

Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir bersetuju dengan pandangan itu dan mahu Pakatan Harapan menggunakan satu logo sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

Menurut Anuar, penggunaan satu logo pernah disentuh sejak hari pertama Pakatan Harapan ditubuhkan dan pada dasarnya sudah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen.

“Seeloknya satu logo parti Pakatan Harapan ini diwujudkan sebelum PRU14. Ia sekaligus dapat mengelak berlakunya pertindihan kerusi dan dapat mencari penyelesaian. Sampai bila kita nak biarkan rakyat memilih berpuluh-puluh parti,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata tiada masalah di pihak Pakatan Harapan untuk menggunakan satu logo.

“Masalahnya adalah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang menangguh kelulusan atau menunggu isyarat politik daripada BN,” jawabnya.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1YheXu6

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.