Hi! Welcome Back and Stay Tune! Latih guru tepuk tangan, Ahmad Razif hanya bergurau - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Latih guru tepuk tangan, Ahmad Razif hanya bergurau

ahmad-razif

PETALING JAYA: Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan laporan bahawa beliau mengarahkan guru-guru di Terengganu untuk menjalani latihan tepukan sebaliknya menyifatkan kejadian itu sekadar ‘gurauan’.

Menteri Besar Terengganu itu berkata, isu itu tidak sepatutnya disensasikan kerana guru di negeri itu memahami niatnya hanya untuk berjenaka malah, beliau sendiri menganggap mereka sebagai kawan-kawannya.

“Tidak perlu panjangkan (isu ini) kerana saya hanya berjenaka pada guru-guru tersebut,” katanya seperti yang dipetik dalam satu laporan Projek MMO oleh Malay Mail Online hari ini.

“Mereka adalah kawan-kawan saya. Saya tidak faham bagaimana ia boleh sampai ke tahap ini,” kata Ahmad Razif lagi.

Sebelum ini, Ahmad Razif pernah bertugas sebagai guru dan pensyarah institut perguruan.

Terdahulu sebuah rakam layar mesej dalam rangkaian Whatsapp telah tersebar luas dalam media sosial mendakwa bahawa guru-guru di Terengganu diarah mengambil bahagian dalam latihan menepuk tangan selama lima minit.

Mesej ini juga mendakwa bahawa pihak sekolah perlu menyimpan gambar-gambar sebagai bukti latihan tepuk tangan.

Tambah mesej itu, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu kesal dengan sikap guru yang tidak menepuk tangan dalam satu majlis rasmi yang dihadiri MB.

Ekoran itu, jabatan tersebut dikatakan mengeluarkan arahan kepada sekolah terlibat supaya memastikan guru-guru berlatih menepuk tangan selama lima minit, termasuk semasa perhimpunan mingguan.

Ekoran itu juga, sebuah lagi rakaman video dikongsi dalam laman sosial menunjukkan beberapa orang guru dan murid sekolah rendah di Terengganu bertepuk tangan sesama mereka.

Bagaimanapun, belum ada pengesahan yang dikeluarkan mengenai video yang dikatakan dirakam pada sambutan Hari Guru Negeri ke-45 di Kuala Nerus.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1Rshvjk

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.