Peniaga diminta turunkan harga demi Tuhan pada Ramadan
PETALING JAYA: Seorang paderi Kristian di Kaduna, Nigeria melancarkan kempen “Turunkan harga demi Tuhan” untuk makanan dan perkhidmatan menjelang ketibaan Ramadan pada bulan depan.
Paderi Yohanna Buru yang dipetik Elanza News sebagai berkata, tujuan mengadakan kempen itu adalah untuk meningkatkan kepekaan peniaga berhubung kepentingan mengurangkan kenaikan harga makanan dan komoditi lain yang akan memanfaatkan umat Islam khasnya pada bulan mulia nanti.
Beliau turut menyeru kesatuan pengedar makanan untuk memberi potongan harga untuk makanan dan perkhidmatan sepanjang Ramadan supaya umat Islam boleh menunaikan rukun Islam keempat itu dengan tenang.
Kelmarin, Yohanna mengetuai delegasi 10 paderi Kristian dan 10 ustaz mengadakan pertemuan dengan semua pemimpin kesatuan peniaga dan pengedar daripada 23 kerajaan tempatan untuk menggesa mereka mengurangkan harga makanan.
“Sebagai pemimpin Kristian, kami menentang kenaikan harga makanan pada bulan Ramadan. Kami mahu mengurangkan harga makanan supaya umat Islam gembira pada bulan Ramadan.
“Kami turut membantah semua bentuk pemerasan dan penipuan oleh pengedar. Kami semua menyembah satu Tuhan, kami semua saudara dan berasal daripada Adam dan Hawa,” katanya.
Bulan lalu, mereka telah berkunjung ke pasar-pasar tempatan di negeri itu, termasuk Pasar Pusat Kaduna, Pasar Kasuwar Kawo, Pasar Barnawa, Pasar Sabon Gari, Zaria dan pasar minggu di selatan Kaduna.
Sesetengah pengedar melalui Pengerusi Kesatuan Pengedar Pasar Sheik Abubakar Gumi, Alhaji Adamu Usman Maishinkafa yang menyambut baik pelancaran kempen itu akan menyebarkan mesej kepada semua ahli kesatuan.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1UeLJei
Post a Comment