RAKYAT MARHAEN
RAKYAT MARHAEN |
- Saya ‘bergurau saja’ suruh guru latih tepuk tangan, kata MB Terengganu
- Soalan RM42 juta dalam akaun Najib subjudis sembang menteri Umno
- Nik Abduh: Rundingan PRK dah habis lama
- PRK: MANA SATU YANG BETUL?
- "Menang Untung, Kalah Balik Modal": Pas bersedia berhadapan dengan kumpulan kempen Tun M
- PAS lebih kuat selepas orang bermasalah keluar - Dr Zuhdi
- Reformasi era Deklarasi Rakyat
- "Menang Untung, Kalah Balik Modal": Kaum Cina tidak lagi sokong DAP, kata PAS Selangor
- RUU Hudud Hadi muncul kali ketiga dihari terakhir Parlimen
- PAS bertanding tak kacau orang lain, kata Idris Ahmad
- Rasuah: 'Bapa jangan kencing berdiri' - Adam Kadir
- Exco Selangor: ‘Azmin ugut Pas atau Pas ugut Azmin?’
- "Menang Untung, Kalah Balik Modal": Tanding PRK bawa misi PRU
- "Menang Untung, Kalah Balik Modal": Tidak sepakat untungkan BN
- Ganu Kite: Pengarah JPN marah guru, tak tepuk tangan sambut MB!!
- "Menang Untung, Kalah Balik Modal": Pertandingan tiga penjuru beri peluang pada PAS di Sg Besar - Dr Zuhdi
- Ilham Centre cadang Amanah bertanding di Sungai Besar sahaja
- Kerana malukan MB Terengganu, semua cikgu diarah belajar tepuk tangan
- Asal aja Najib & Umno sentuh pasti jahanam jadinya..
- Saham #FGV dah jatuh menjunam lagi !!!..
- KEADILAN DALAM UMNO...PENEROKA JADI MANGSA..!!!
- Pendapatan naik ATAU KOS SARA HIDUP NAIK ??!!
- Annuar Musa risau pendedahan Mahathir
- 'Ada ‘anggukan’ Perdana Menteri baru boleh jadi'
- Lantik Peguam Negara tanpa perlu nasihat PM - Abdul Aziz
Saya ‘bergurau saja’ suruh guru latih tepuk tangan, kata MB Terengganu Posted: 25 May 2016 09:03 PM PDT Ahmad Razif Abdul Rahman berkata perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana guru-guru di negeri itu sudah dianggap beliau bagai rakan sendiri. "Tidak payah panjangkan [isu ini] kerana saya bergurau sahaja kepada guru-guru," katanya dalam satu mesej ringkas kepada ProjekMMO malam tadi. "Ini kerana mereka adalah rakan-rakan saya. Tidak tahu pula jadi macam ini," katanya, yang pernah bertugas sebagai guru dan pensyarah institut perguruan. Sejak petang semalam tersebar di media sosial yang mendakwa guru-guru di Terengganu telah diarah mengadakan latihan tepuk tangan selama lima minit. Ia turut mendakwa pihak sekolah harus mengemukakan bukti bergambar latihan telah dijalankan. Menurut salinan mesej WhatsApp yang tersebar, isu ini dikatakan bermula daripada gesaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang mendapat aduan menteri besar tentang guru-guru yang tidak bertepuk tangan di satu majlis yang dihadiri beliau. Susulan itu, muncul arahan tidak rasmi daripada jabatan itu agar sekolah melatih guru-guru bertepuk tangan selama lima minit, termasuk sewaktu perhimpunan mingguan. Selain itu, tersebar pula video di Facebook dan YouTube yang menunjukkan sekumpulan besar guru dan murid di sekolah rendah di Kuala Terengganu sedang bertepuk tangan. Latihan ini dikatakan berlaku semalam. Kesahihan maklumat di media-media sosial tersebut, setakat ini, tidak dapat disahkan. Butiran acara yang dihadiri menteri besar juga masih kabur. Namun ia dipercayai pada sambutan Hari Guru peringkat negeri ke-45 yang diadakan Selasa lalu di Kuala Nerus. ProjekMMO sedang mendapatkan reaksi pihak JPNT berhubung kandungan WhatsApp tersebut seperti didakwa. |
Soalan RM42 juta dalam akaun Najib subjudis sembang menteri Umno Posted: 25 May 2016 08:53 PM PDT Kerajaan sekali lagi menggunakan alasan subjudis dalam keengganannya menjawab sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahu mengenai deposit dalam akaun
Read More / Baca Lagi >>
bank peribadinya. Ini berikutan kerajaan menolak soalan diberikan ahli parlimen pembangkang yang bertanya mengenai status RM42 juta SRC International Sdn Bhd yang masuk ke akaun Najib. "Untuk makluman ahli yang berhormat, pertanyaan ini tidak dapat dijawab pada masa ini kerana perkara ini dalam timbangan mahkamah (subjudis) selaras dengan nota Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh Khamis, 31 Mac 2016," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata demikian kepada Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) dan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dalam jawapan bertulis di parlimen semalam. Ko bertanya sama ada Najib mempunyai pengetahuan tentang wang dalam akaun bank peribadinya dan sama ada perlu memberitahu Bank Negara untuk memastikan tiada unsur-unsur pengubahan wang haram, penyelewengan dan rasuah. "Minta Perdana Menteri menyatakan sama ada beliau mempunyai dokumen sokongan untuk menunjukkan semua pergerakan wang tersebut adalah sah," soal Ko. Mahfuz pula bertanya apakah status RM42 juta wang berkenaan dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri tanpa disedari oleh perdana menteri dan tanpa diketahui SRC International. "Adakah wang tersebut telah dikembalikan kepada SRC atau telah dibelanjakan oleh perdana menteri," soalnya. |
Nik Abduh: Rundingan PRK dah habis lama Posted: 25 May 2016 08:47 PM PDT KUALA LUMPUR - Pas mengesahkan tiada lagi rundingan bersama PKR berhubung ketetapan bertanding pada PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Selangor.
Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, rundingan bersama PKR berhubung calon di dua kerusi Parlimen itu juga telah lama selesai. "Rundingan dah banyak hari habis dah. Cuma sekarang ini ialah Pakatan Harapan yang tak buat keputusan mereka lagi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam. Nik Abduh berkata, Pas bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan sekiranya bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turun berkempen pada PRK kali ini "Kita dah buat perkiraan tentang semua kumpulan yang bertelagah. Pas bersedia dan ada strategi untuk berhadapan dengan Sungai Besar dan Kuala Kangsar. "Dan kita tahu bahawa kumpulan Tun M akan menjejaskan Umno," katanya. |
Posted: 25 May 2016 08:45 PM PDT |
"Menang Untung, Kalah Balik Modal": Pas bersedia berhadapan dengan kumpulan kempen Tun M Posted: 25 May 2016 08:42 PM PDT "Kita dah buat perkiraan tentang semua kumpulan yang bertelagah. Pas bersedia dan ada strategi untuk berhadapan dengan Sungai Besar dan Kuala Kangsar. "Dan kita tahu bahawa kumpulan Tun M akan menjejaskan Umno," kata Ketua Pemuda Pas Nik Abduh Nik Abdul Aziz kepada media di lobi parlimen seperti dilapor Sinarharian online hari ini. Pas juga mengesahkan tiada lagi rundingan bersama PKR berhubung ketetapan bertanding pada PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Selangor. Nik Abduh berkata, rundingan bersama PKR berhubung calon di dua kerusi Parlimen itu juga telah lama selesai. "Rundingan dah banyak hari habis dah. Cuma sekarang ini ialah Pakatan Harapan yang tak buat keputusan mereka lagi," ujarnya. |
PAS lebih kuat selepas orang bermasalah keluar - Dr Zuhdi Posted: 25 May 2016 08:40 PM PDT Zuhdi berkata, orang bermasalah sudah keluar dan PAS menjadi lebih berdisiplin dan kuat.
KUALA LUMPUR: Di saat UMNO serta Pakatan Harapan (PH) berdepan isu dalaman masing-masing, PAS terus kukuh menjelang PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada bulan depan. Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki berkata, ini kerana parti itu mempunyai dasar perjuangan yang kukuh dan ahli berdisplin. Tambahan katanya, "pemimpin-pemimpin bermasalah" sudah keluar daripada parti Islam itu selepas Pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat dan Muktamar tahun lalu. Beliau berkata, DAP juga mempunyai masalah sendiri, seperti peletakan jawatan ADUN Skudai, Dr Boo Cheng Hau sebagai Ketua Pembangkang DUN Johor pada Oktober tahun lalu serta usaha berterusan ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu membawa usul mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang. "Parti lain (pula) bercempera. UMNO berpecah belah sehingga terpaksa pecat Timbalan Presiden dan Naib Presiden. PRK juga begitu – surat dari jeriji besi ada yang kata sah, ada yang kata tidak sah. Berlaku perbezaan pendapat dan serang-menyerang," katanya di hadapan kira-kira 300 hadirin pada program ceramah perdana 'Road to PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar' di markas PAS Taman Melewar malam tadi. Ini adalah ceramah perdana sulung PAS menjelang dua PRK itu pada 18 Jun ini. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dijadualkan memberi ucapan, dibatalkan pada saat-saat akhir. Read More / Baca Lagi >> |
Reformasi era Deklarasi Rakyat Posted: 25 May 2016 08:36 PM PDT Reformasi bukan seperti tajuk lagu band Ekamatra, "Pusara di lebuh raya."
Perjalanan ku terhenti Di lebuh raya ini Terpandang pusara diam menyepi… Nah! Reformasi bukan tunggul mati. Sang pembaharu tidak boleh dan tidak bisa terperangkap di masa lalu. Peristiwa selingkar 1998 itu menjadi gah bukan sahaja kerana tersingkirnya Anwar Ibrahim, tetapi apabila munculnya keberanian rakyat turun ke jalan raya dalam siri demonstrasi yang tiada hujung. Belum pernah dalam sejarah tanah air, rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa, lebih-lebih lagi anak muda begitu berani melakukan tunjuk perasaan. Sudah tentu reformasi bukan hanya tunjuk perasaan. Niatnya adalah untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan. Tanpa menyedari apa masalah bangsa, kita tak sedar apa perlunya terus bergerak mencari jawapan. Justeru itu, "Pengisytiharan Permatang Pauh" menetapkan tiga perkara pokok. Satu, menuntut perdana menteri waktu itu meletak jawatan; kedua, melakukan reformasi; dan ketiga, menyentuh soal demokrasi. Maksudnya, Reformasi 1998 itu tidak hanya tuntutan politik kekuasaan. Ada tuntutan penambahbaikan sistem pemerintahan yang bersekali dengan perbincangan mengenai demokrasi. Dari sana, muncullah tuntutan seperti kebebasan badan kehakiman, hak asasi meliputi hak berhimpun, hak bersuara, kebebasan media serta pilihan raya yang adil dan bersih. Inilah jasa besar Reformasi 1998 apabila perjuangan itu punya teras pemikiran dan percambahan idea kenegaraan. Sampai hari ini pun, perkara berkenaan masih dibincangkan dan memberi tekanan masa ke semasa kepada pemerintah. Namun, reformasi bukan pusara di lebuh raya. Sedari awal perjuangan tidak terikat untuk membela hanya satu-dua tokoh. Itu bukan matlamatnya. Bukan juga idealismenya. Reformasi dan segala perjuangan yang bersambung darinya harus dengan keyakinan asas untuk menentang kejahatan dan kezaliman; menegakkan kebaikan dan keadilan. Selepas 18 tahun, muncul pula Deklarasi Rakyat - satu dokumen hitam putih baru yang cukup berkemajuan. Dokumen itu cukup progresif apabila pertama kali di dalam sejarah Malaysia sejak sebelum dan selepas merdeka, ianya perlu ditandatangi oleh rakyat. Banyak petisyen sebelum ini yang cuba mendapat tandatangan masyarakat, namun jumlahnya tidaklah sepertimana yang berjaya dikumpul oleh Deklarasi Rakyat. Dengan perlu membubuh nama penuh, nombor kad pengenalan dan tandatangan, kini jumlah penandatangan mencecah 1.3 juta warganegara! Read More / Baca Lagi >> |
"Menang Untung, Kalah Balik Modal": Kaum Cina tidak lagi sokong DAP, kata PAS Selangor Posted: 25 May 2016 08:33 PM PDT Kaum Cina tidak lagi menyokong DAP dan ini akan membantu PAS Selangor dalam merampas dua kerusi Parlimen Sungai Besar, kata Exco PAS Kerajaan Selangor Zaidy Abdul Talib.
Zaidy yang juga Adun PAS Taman Templer itu berkata pertemuan jentera mereka mendapat kaum Cina kini mempunyai sentimen marah kepada DAP yang menyifatkan mereka sebagai punca perpecahan Pakatan Rakyat. "Kami ada berjumpa dengan sekelompok orang Cina di Sungai Besar yang marah kepada DAP. "Mereka ini marah kepada DAP kerana menjadi punca perpecahan Pakatan Rakyat. Kita yakin mereka akan menyokong PAS nanti," kata Zaidy semasa ceramah PAS malam tadi di markas Taman Melewar, Gombak. Sungai Besar mempunyai 67.18 peratus pengundi Melayu, 30.68 peratus pengundi Cina, 1.91 peratus pengundi India dan 0.23 peratus pengundi dari kaum lain. Pengundi Cina antara faktor utama yang perlu diambilkira buat parti yang bertanding. Zaidy juga mendakwa PAS mempunyai penyokong 'hardcore' di Sungai Besar yang setia menyokong parti Islam tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
RUU Hudud Hadi muncul kali ketiga dihari terakhir Parlimen Posted: 25 May 2016 08:31 PM PDT
Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian mengenai hudud muncul semula dalam kertas perintah Parlimen, pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat hari ini.
Ini walaupun PAS bertegas mahu meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan depan. Kedua-dua kerusi Parlimen itu mempunyai lebih 30 peratus pengundi bukan Melayu. Rang undang-undang itu, disenaraikan sebagai item No 15, iaitu yang terakhir dalam kertas perintah itu, yang bermakna ia mungkin tidak sempat dibentangkan. Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi memperkenalkan RUU itu dalam dua sidang Dewan Rakyat, masing-masing pada 7 April dan 17 Jun 2015. Tetapi usulnya tidak dibahaskan di Dewan Rakyat dalam kedua-dua sesi tersebut. RUU itu bertujuan untuk meminda undang-undang persekutuan, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, untuk memberi laluan kepada pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan dan negeri-negeri lain. Pada masa ini, Akta itu menghadkan Mahkamah Syariah boleh mengenakan hukuman maksimum penjara tiga tahun, denda maksimum RM5,000 dan enam sebatan rotan. Ini dikenali sebagai peraturan 3:5:6. |
PAS bertanding tak kacau orang lain, kata Idris Ahmad Posted: 25 May 2016 08:26 PM PDT |
Rasuah: 'Bapa jangan kencing berdiri' - Adam Kadir Posted: 25 May 2016 05:09 PM PDT SHAH ALAM - Bekas Speaker Dewan Negara, Tan Sri Adam Kadir mengambil pepatah Melayu yang menyebut, 'kalau bapa kencing berdiri, anak kencing berlari' merujuk kepada senario rasuah yang melanda negara ini.
Read More / Baca Lagi >>
Menurutnya, perkara itu dapat dielakkan jika dari awal-awal lagi pihak atasan tidak mengambil rasuah. "Kita harus ingat pepatah Melayu yang banyak kebijaksanaan daripada dulu lagi. 'Kalau bapa kencing berdiri, anak kencing berlari'. Jika dah nampak orang atas buat sekali, dia akan buat 10 kali. "Jadi, inilah sebabnya, bapa itu jangan kencing berdiri awal-awal lagi supaya anak-anaknya tidak membuat lebih teruk daripada itu," katanya pada Wacana Sinar Harian Siri ke-39 yang membawa tajuk 'Siapa lebih berkuasa: Pentadbir atau ahli politik?', di Kumpulan Media Karangkraf, semalam. Sebelumnya, beliau menyentuh soal kuasa 'menasihat' yang diberi hanya kepada perdana menteri. "Umpamanya sekarang ini, siapa yang boleh memberi kenaikan pangkat kepada hakim-hakim mahkamah tinggi? Semuanya atas nasihat perdana menteri. "Sekiranya orang yang nak 'recommend' itu menghadapi perbicaraan di mahkamah kemudian pesuruhjaya kehakiman yang nak naik pangkat ini harus menghakimi dia. "Dia (hakim) akan memikirkan pangkat dia juga. Dia mesti buat keputusan supaya orang yang nak beri dia naik pangkat tidak terasa hati," katanya. |
Exco Selangor: ‘Azmin ugut Pas atau Pas ugut Azmin?’ Posted: 25 May 2016 05:02 PM PDT Ada yang tanya saya berhubung berita kononnya Menteri Besar mengarahkan Exco PAS meletak jawatan sekiranya terus berdegil ingin bertanding di Parlimen Sungai Besar.Saya menjawab bahawa persoalan Pilihan Raya Kecil dan jawatan Exco kerajaan Negeri Selangor perlu dipisahkan dan dilihat secara berasingan. Ianya tiada kena-mengena di antara satu sama lain. Menggunakan jawatan Exco sebagai bahan ugutan, samada oleh Menteri Besar, untuk memaksa PAS menarik diri dari bertanding di PRK Sungei Besar, atau oleh PAS, untuk memaksa persetujuan supaya PAS bertanding, adalah tidak wajar dan tidak patut dilakukan. Jawatan Exco bukan bahan untuk digunapakai membuat ugutan tetapi ianya adalah tanggung-jawab dan amanah yang penting. Perlantikan atau perlucutan jawatan tersebut seharusnya atas dasar prestasi yang ditunjukkan dan bukan atas percaturan politik mana-mana pihak. Walaupun persoalan kesetian dan kepatuhan adalah penting, ianya tidak boleh dilihat dari sudut kesetian dan kepatuhan yang sempit. MB mengugut? Namun demikian, perlu saya sebut bahawa saya terkejut sekiranya MB telah menggunakan jawatan exco tersebut sebagai bahan ugutan dalam perundingan berhubung PRK Sungai Besar. Lebih-lebih lagi apabila diambil kira betapa beliau telah berusaha sekian lama mempertahankan penyertaan PAS dalam kerajaan Selangor, walaupun dikritik oleh berbagai pihak. Adalah pelik, setelah bertungkus lumus mempertahankan penyertaan PAS dalam kerajaan Negeri Selangor, beliau menjejaskan kerjasama ini demi PRK Sungai Besar. Adakah mungkin PRK ini dilihat begitu penting sehingga sanggup menggadaikan segala yang diusahakan selama ini? Berdasarkan komitmen MB dan PKR terhadap penyertaan PAS dalam kerajaan Selangor selama ini, saya menganggap dakwaan kononnya MB mengugut PAS sedemikian rupa sebagai satu perkara yang sukar dipercayai. Setelah mengharungi segala kritikan dan cemuhan kerana ingin terus berkerjasama dengan PAS, adalah amat menghairankan sekiranya sekarang ini beliau memusnahkan segalanya semata-mata kerana PRK Sungai Besar. Lebih-lebih lagi apabila diambil kira bahawa ianya Parlimen yang telah dimenangi BN, maka sekiranya tidak dapat dimenangi sekalipun melalui PRK ini, ianya bukanlah sesuatu yang memalukan. Oleh itu, tidak wajar hubungan PKR dan PAS yang dipentingkan beliau selama ini dijejaskan semata-mata kerana satu kerusi Parlimen! Oleh itu apabila berita tersebut dinafikan MB, saya lebih cenderung mempercayainya. Lagi pun saya rasa tidak mungkin PAS akan berdiam diri sekiranya benar mereka diugut sedemikian rupa! Sudah pasti demi menjaga maruah parti mereka akan bertindak balas untuk memahamkan MB bahawa jawatan exco tersebut tidak penting bagi mereka. Senario kedua Ada juga yang mengatakan bahawa sebenarnya PAS yang mengugut dan pada saya ini merupakan senario yang lebih munasabah. Ramai masih ingat bagaimana, demi mempertahankan TSKI sebagai MB Selangor satu ketika dahulu, PAS pernah mengancam kestabilan kerajaan Negeri. PAS sanggup bertindak sehingga ke tahap menyokong TSKI memecat Exco PKR dan DAP dari kerajaan Negeri Selangor. Komitmen PAS terhadap kerajaan Negeri Selangor yang mantap dan stabil, yang terdiri dari PKR, DAP, PAS dan sekarang AMANAH, adalah tidak menentu dan dilihat begitu minima. Read More / Baca Lagi >> |
"Menang Untung, Kalah Balik Modal": Tanding PRK bawa misi PRU Posted: 25 May 2016 04:58 PM PDT ALANG IBNU SHUKRIMUN
Apabila diugut untuk membuang exco Pas dari kerajaan Selangor, ramai rakan-rakan yang mulai takut. Asasnya mereka takut kerana bakal kehilangan kuasa di negeri yang begitu kaya itu. Ramailah meminta pimpinan Pas untuk berlembut dan minta berundur dari PRK bagi memberi laluan kepada PH. Begitu mudah diugut. Mentaliti kita masih senang dipergunakan oleh rakan pakatan. Tiada izzah dalam diri. Tidak merasa keberadaan mereka di pentas politik membawa maruah Islam dalam menghadapi tipu helah dan percaturan politikus lain. Mujurlah kita memiliki pemimpin tertinggi yang sangat tegas. Tidak terkesan dengan sebarang ugutan. Pengalaman berkecimpung di kancah politik membuat beliau tidak mudah dihayun kiri dan kanan. Cukuplah peristiwa-peristiwa lampau menjadi pengajaran. Apa nak takut kalau kalah? Takut perkembangan Islam terbantut di Selangor? Kita sudah berputus hubungan dengan kerajaan Penang. Tapi sampai sekrang kita masih mampu pertahankan institusi agama kita. Kita masih memiliki sokongan rakyat marhaen. Kerajaan tidak berani berbuat lebih kurang. Sehingga ke hari ini, apakah PKR sudah membuang Pas? Apakah kita sudah kehilangan kuasa di Selangor? Di mana pergi ugutan-ugutan tersebut? Jangan begitu mudah dipermainkan. Tunjukkan sikit kejantanan sebagai wakil parti Islam. Nyata mereka hanya main acah-acah sahaja. Mereka bukan berani pun. Mereka tahu di mana punca kekuatan mereka. Tengoklah apa dah jadi pada mereka. Bukan sahaja tak berani pecat, rakan-rakan mereka pula yang kelam-kabut. Tak boleh putus mesyuarat PH, dipersalahkan Pas pula. Sejak bila Pas ahli majlis mesyuarat PH? Rundingan dah berlaku. Keputusannya dah dimaklumi mereka. Pas kekal bertanding. Selesaikanlah dulu surat dari penjara yang buat parti mereka porak peranda itu. Alhamdulillah kita dah ambil langkah yang tepat. Thiqah kepada pimpinan tertinggi. Keputusan dah di syura kan di peringkat eksekutif paling tinggi, maka tawakkallah. Read More / Baca Lagi >> |
"Menang Untung, Kalah Balik Modal": Tidak sepakat untungkan BN Posted: 25 May 2016 04:55 PM PDT Oleh to'ki
ANTARA punca kekalahan teruk pembangkang di Sarawak adalah mereka tidak sepakat meletakkan calon sehingga menyebabkan enam pertindihan terjadi. Belum pun reda pertikaian di Sarawak, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pula menyusul. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan parti itu akan meletakkan calonnya kerana kedua-dua tempat berkenaan adalah kawasan tradisi Pas. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula setelah memahami pengalaman di Sarawak mengajak Pas kembali semula kepada konsep Pakatan Rakyat supaya kedua-dua kawasan Parlimen itu diwakili mereka. Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyatakan cadangan Mohamed Azmin itu bersifat peribadi. Presiden PAN, Mohamad Sabu membuat penegasan kalau Pas mahu bertanding di kedua-dua tempat, PAN akan meletakkan calon. Dalam kalangan pemimpin DAP ada yang mahu mengajak Pas bersama dengan Pakatan Rakyat semula tetapi Lim Guan Eng menyatakan penolakan terhadap calon Pas.
Read More / Baca Lagi >>
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan terkini di Kota Bharu, Kelantan menyuruh DAP, PAN dan PKR mengukur baju di badan sendiri sekiranya berhasrat bertanding. Pas tidak akan bergantung kepada Pakatan Baharu. Di Pasir Puteh, Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang menolak hasrat Tuan Ibrahim supaya parti lain tidak bertanding dan beri laluan kepada Pas. Pakatan Harapan Perak pula mencadangkan supaya PAN bertanding di Kuala Kangsar dan Pas bertanding di Sungai Besar. Berlainan pula dengan tumpuan Mohamed Azmin di Sungai Besar, meletakkan kemungkinan PKR bakal bertanding di situ. Mohamad Sabu membuat formula bahawa Lembaga Presiden akan membuat keputusan mengenai pertandingan ini. Belum pun pencalonan terjadi, parti-parti pembangkang berada dalam keadaan mengulangi semula apa yang berlaku di Sarawak. Apa yang berlaku ini boleh difahami dengan mudah. DAP cuba jadi teraju utama menentukan calon. PKR dan PAN apalagi Pas tidak patuh. Lalu pertindihan calon terjadi dan pembangkang kalah dan ramai dan PAN hilang deposit. Undi yang diterima oleh pembangkang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dulu adalah undi Pakatan Rakyat. Itu pun BN masih bertahan. Takdirnya pembangkang mengalami pertindihan calon peluang BN lebih cerah kerana Pas dan PAN sangat kuat permusuhannya. |
Ganu Kite: Pengarah JPN marah guru, tak tepuk tangan sambut MB!! Posted: 25 May 2016 04:42 PM PDT Paparan aplikasi Whatsapp yang tersebar, tentang masalah tidak menepuk tangan apabila menyambut MB Terengganu. MB yang terasa hati meluahkan kepada Tuan Pengarah!
Peristiwa ini berlaku semasa Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu yang dirasmikan oleh YAB Razif MB Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, 24 Mei 2016 lalu.
Menurut apa yang tersebar, Razif kecewa kerana tiada guru menepuk tangan untuk menyambut ucapannya dan menyebut tidak akan memberikan peruntukan kerana tidak tepuk tangan.
|
Posted: 25 May 2016 04:30 PM PDT Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat, Dr Zuhdi Marzuki menyifatkan pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar bakal memberikan kelebihan kepada parti itu.
Berucap dalam satu ceramah perdana di Taman Melewar, Gombak malam tadi, Zuhdi berkata pandangan itu dibuat berdasarkan peningkatan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta trend sokongan pengundi Cina yang semakin kembali kepada BN. Zuhdi yang juga AJK PAS pusat berkata, pertembungan dua penjuru antara PAS dan BN menyaksikan pengundi Cina berpihak kepada BN manakala pengundi Melayu berpecah antara dua parti itu. Katanya lagi, pertembungan dua penjuru antara Pakatan dan BN pula menyaksikan situasi sama seperti pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang lalu di mana majoriti pengundi Cina mengundi Pakatan dan majoriti pengundi Melayu mengundi BN. "Kalau bertanding tiga penjuru, sejumlah pengundi Cina tidak akan pergi kepada Pakatan Harapan. Jadi peluang kita lebih besar kerana sokongan pengundi Melayu terhadap PAS sekarang lebih kurang sama dengan BN," kata Zuhdi. Berdasarkan perangkaan terbaru Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Sungai Besar mempunyai 67.18 peratus pengundi Melayu, pengundi Cina (31 peratus), pengundi India (1.91 peratus dan kaum lain (0.23 peratus). Mengulas lanjut Zuhdi yang juga ketua penerangan PAS Perak berkata kajian pusat penyelidikan parti itu mendapati PAS hanya ketinggalan 399 undi sahaja kepada BN di Sungai Besar. "Perubahan boleh berlaku jika kita kerja keras. Dengan sokongan pengundi Melayu dan sedikit lonjakan sokongan pengundi India, kita ada peluang," katanya lagi. Read More / Baca Lagi >> |
Ilham Centre cadang Amanah bertanding di Sungai Besar sahaja Posted: 25 May 2016 04:24 PM PDT Parti Amanah Negara (Amanah) dicadangkan bertanding di Sungai Besar sahaja dalam pilihan raya kecil kali ini manakala Pas pula dicadangkan bertanding di Kuala Kangsar sahaja. Cadangan ini dikemukakan oleh pengkaji bebas Ilham Centre selepas turun beberapa hari di lapangan dan membuat kajian rekod pilihan raya yang lalu. "Jika pun Pas mahu meneruskan hasratnya bertanding di kedua-dua kerusi, saya cadangkan Amanah kekal bertanding di Sungai Besar sahaja. "Amanah berpeluang menang dengan sokongan penuh undi Cina di Sekinchan, dalam kawasan Sungai Besar sedangkan dalam masa yang sama undi Cina tidak lagi akan bersama Pas dalam pilihan raya ini. "Oleh itu Amanah lebih berpeluang menang di Sungai Besar dan jika Pas masuk ke sini, mereka akan menjadi parti ketiga selepas BN dan Amanah," kata Hisomuddin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre kepada Malaysia Dateline. Menurut beliau, dalam pilihan raya lalu, calon Pas mendapat 70.3% undi Cina di Sungai Besar iaitu kira-kira 8000 undi sedangkan purata undi Cina untuk calon-calon Pakatan Rakyat di Selangor dalam PRU 13 adalah 88%. "Jika Pas bertanding di sini, saya jangkakan Pas akan hilang undi Cina hingga 5,000 dari 8,000 undi dahulu. "Jika ini berlaku, Pas hanya berharap kepada undi Melayu sahaja," kata Hisomuddin yang mempunyai rekod yang sangat baik dalam kajian pilihan raya. Dalam PRU 13 lalu, Pas mendapat 18,000 manakala calon BN, Datuk Noriah Kasnon juga mendapat jumlah yang hampir sama apabila beliau menang dengan majoriti hanya 399 undi. Read More / Baca Lagi >> |
Kerana malukan MB Terengganu, semua cikgu diarah belajar tepuk tangan Posted: 25 May 2016 04:23 PM PDT Ekoran kegagalan guru-guru bertepuk tangan ketika Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman berucap sempena sambutan hari guru peringkat negeri 24 Mei lalu, semua guru-guru di negeri itu diarah berlatih tepuk tangan setiap hari. Arahan itu dikeluarkan oleh pengarah pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin melalui sistem pesanan Whatsapp yang kemudiannya di print skrin dan kini menjadi viral. "Saya sudah sampai rumah tetapi otak saya masih terkial-kial (mendengar) kata YAB MB tentang cikgu-cikgu kita yang tidak tepuk tangan kepada YAB MB. "Saya minta esok tolong buat latihan tepuk tangan selama 5 minit untuk membiasakan tepuk tangan di kalangan guru-guru. "Setiap perhimpunan pun latih mereka tepuk tangan dengan tunjukkan bukti bergambar kepada saya. "Mohon tindakan tuan puan, tiada pengecualian," tulis Shafruddin dalam arahan itu dengan disambut oleh pegawai-pegawai kanannya akan dilaksanakan segera. Ekoran arahan itu, pelbagai video dan gambar dipaparkan dalam laman sosial bagaimana guru-guru di Terengganu belajar tepuk tangan. Gambar dan video ini diambil bagi menyahut arahan pengarah pendidikan Terengganu itu untuk menunjukkan bukti arahan itu dipatuhi tetapi selepas itu ia disebarkan ke laman sosial. Di Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai, Kuala Terengganu semalam, semua guru-guru dilatih bertepuk tangan bagi menyambut arahan pengarah pendidikan Terengganu itu. Mereka beramai-ramai bertepuk tangan sempena perhimpunan pagi mereka. Read More / Baca Lagi >> |
Asal aja Najib & Umno sentuh pasti jahanam jadinya.. Posted: 25 May 2016 07:21 AM PDT |
Saham #FGV dah jatuh menjunam lagi !!!.. Posted: 25 May 2016 07:20 AM PDT SEKARANG DAH TINGGAL RM1.34.. drpd asal RM5.39 ???.. Syukurrrr..
FAKTA: 1) Sebelum hari terkahir FGV digantung sehari & telah dikeluarkan dari Indeks Komposit, saham terakhir yg tinggal RM1.86.. Bersyukurlah... Jgn marah silap2 tanah peneroka MELAYU Felda BAKAL TERGADAI.. Kalau tergadai sekalipun xper coz UMNO KAN PEMBELA & PEJUANG MELAYU... Padan muka korang. Undilah BN lagi !!! |
KEADILAN DALAM UMNO...PENEROKA JADI MANGSA..!!! Posted: 25 May 2016 07:18 AM PDT Klu peneroka yg hanya miliki 800 unit saham pon boleh rugi ribu2 ringgit, BAGAIMANA PULA JUMLAH KERUGIAN yg ditanggung oleh kroni2 UMNO ini.. ADAKAH KRONI INI JUGA TANGGUNG RUGI ???
KEADILAN DALAM UMNO... Kroni2 yg duduk dlm air-cond dpt ratusan ribu unit saham TETAPI peneroka yg berkerja berpuluh2 tahun hempas pulas di ladang DAPAT 800 unit shj.. |
Pendapatan naik ATAU KOS SARA HIDUP NAIK ??!! Posted: 25 May 2016 07:15 AM PDT |
Annuar Musa risau pendedahan Mahathir Posted: 25 May 2016 07:10 AM PDT UMNO perlu menjawab tohmahan yang dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengelak rakyat terpengaruh dengan segala dakwaan bekas perdana menteri itu. Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata parti itu tidak boleh mengambil mudah terhadap segala tohmahan yang dilemparkan Tun Mahathir ketika parti sedang berhadapan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar. "Bahaya kalau kata tidak apa. Sekarang ini kita tidak boleh nak agak, terutama terhadap pengundi muda, pengundi bukan Melayu, dan banyak faktor yang kita kena tengok. "Tetapi kalau kita di pihak benar tidak semestinya rakyat akan terpengaruh dengan beliau (Dr Mahathir)," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Dalam pada itu, Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh berkata Barisan Nasional (BN) perlu bimbang terhadap pendirian Dr Mahathir yang akan membantu pembangkang menewaskan BN dalam PRK itu. Read More / Baca Lagi >> |
'Ada ‘anggukan’ Perdana Menteri baru boleh jadi' Posted: 25 May 2016 07:07 AM PDT SHAH ALAM – Tidak dapat dinafikan kuasa seorang Perdana Menteri di negara ini memungkinkan sesuatu perkara itu berlaku atau sebaliknya.
Read More / Baca Lagi >>
Bekas Speaker Dewan Negara, Tan Sri Adam Kadir berkata, 'anggukan' kepala seorang Perdana Menteri itu menjadi sebagai lampu hijau kepada yang di bawahnya. "Dengan satu perkataan, kita tidak boleh lari daripada Perdana Menteri. Itulah sebenarnya puncak kuasa. "Saya percaya secara formal atau tidak, harus ada anggukan Perdana Menteri juga. Di situ perlu ada anggukan baru boleh berlaku sesuatu perkara. Kalau tidak, memang tidak boleh berlaku," katanya pada Wacana Sinar Harian Siri ke-39 yang membawa tajuk 'Siapa lebih berkuasa: Pentadbir atau ahli politik?', di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini. Sebelumnya moderator, Nazri Kahar bertanya kepada beliau tentang bagaimana merujuk kuasa politik itu sama ada melalui ketua cawangan, ketua bahagian, Adun, ahli parlimen, Kabinet atau Perdana Menteri itu sendiri. Adam mengambil situasi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor sebagai contoh sewaktu memegang jawatan tersebut. |
Lantik Peguam Negara tanpa perlu nasihat PM - Abdul Aziz Posted: 25 May 2016 07:04 AM PDT Bekas CEO MAS, Abdul Aziz Abdul Rahman berkata amalan melantik Peguam Negara dan lembaga SPR atas nasihat PM telah mengundang keraguan
SHAH ALAM: Peguam Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman mencadangkan kerajaan supaya mencari kaedah melantik Peguam Negara tanpa perlu saranan daripada Perdana Menteri. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS yang berusia 81 tahun itu berkata amalan sedia ada, iaitu perlantikan Peguam Negara oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri telah mengundang keraguan dalam sebahagian pihak. "Kalau ikut sekarang orang ramai tidak percaya dah," katanya di wacana 'Siapa lebih berkuasa: Pentadbir atau ahli politik?' anjuran media Sinar Harian hari ini. Malah, beliau seterusnya mencadangkan perlantikan ahli-ahli dan lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibuat secara bebas daripada campurtangan kerajaan. "Ahli-ahli dan lembaga dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong jangan ada kena mengena dengan kerajaan, itu sahaja saya nak, kalau dia tidak buat ini orang tidak yakin," ujarnya. Abdul Aziz, yang meninggalkan MAS pada 1990 untuk meneruskan kerjaya sebagai peguam berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada para hadirin yang bertanyakan mengenai persepsi bahawa ahli politik menggunakan pentadbir demi kepentingan sendiri Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor dan bekas Speaker Dewan Negara, Tan Sri Adam Kadir yang dijemput menyertai wacana itu turut bersetuju dengan saranan Aziz. Adam berkata ahli politik dan pentadbir sepatutnya menggunakan kuasa yang diamanahkan kepada mereka untuk kebaikan semua, bukannya untuk kelompok tertentu. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
from BLOG - BLOG PRO POLITIK http://ift.tt/1sR3ibT
Berita Politik Tempatan Gidei-Giyen-Ginan
Post a Comment