Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembangkang lebih kuat dengan adanya Mahathir – Husam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembangkang lebih kuat dengan adanya Mahathir – Husam

husam-musa_mahathir_600

KUALA LUMPUR: Datuk Husam Musa yang baru dipecat PAS berpendapat, pembangkang lebih kuat dengan adanya bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bekerjasama untuk menjatuhkan perdana menteri.

Bekas Naib Presiden PAS itu berkata, Dr Mahathir patut “melatih” pemimpin pembangkang untuk bersatu bagi mencapai matlamat mereka.

“Dr Mahathir boleh menjadi jurulatih kepada pembangkang. Pembangkang lebih kuat dengan kehadiran Dr Mahathir,” katanya selepas menghadiri Dialog Bersama Husam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

Husam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam bahawa parti pembangkang tidak akan dapat memenangi sebarang pilihan raya tanpa adanya kesatuan dalam pakatan mereka.

Mengenai surat bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menasihatkan PKR supaya berhati-hati ketika bekerjasama dengan Dr Mahathir, Husam berpandangan, Anwar hanya khuatir mengenai arah tuju agenda reformasi dalam Deklarasi Rakyat.

“Saya yakin Anwar tak mahu memusuhi 1.27 juta rakyat yang menandatangani deklarasi itu.

“Kita faham Anwar ada kebimbangan, tapi dalam Deklarasi Rakyat tuntutan pertama ialah (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) meletak jawatan tetapi tuntutan nombor dua, tiga dan empat semua tuntutan reformasi,” katanya.

ADUN Salor itu turut mengajak rakyat terus menyokong Deklarasi Rakyat dan jangan bimbang dengan kehadiran Dr Mahathir kerana pemimpin pembangkang akan terus memperjuangkan pelaksanaan agenda reformasi.

“Tidak apa jika Mahathir meninggalkan kita selepas Najib meletak jawatan. Kita akan teruskan perjuangan.

“Deklarasi Rakyat ini umpama kapal, kita tak boleh halang orang yang nak turun selepas sampai ke pelabuhan pertama. Tapi tidak bermakna kita tak patut teruskan pelayaran hingga ke pelabuhan terhujung,” katanya.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1R9GTug

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.