Hi! Welcome Back and Stay Tune! Teng letak jawatan AJK pusat Gerakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Teng letak jawatan AJK pusat Gerakan

Teng-Chang-Yeow

GEORGE TOWN: Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow hari ini mengesahkan meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa Pusat Gerakan pada Mac lepas.

Namun, beliau berkata kedudukannya sebagai pengerusi BN negeri tidak berubah kerana tidak mengemukakan sebarang surat peletakan jawatan.

“Saya mengambil cuti sebagai pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri Parti Gerakan Pulau Pinang berkuat kuasa dari 15 Mei hingga 15 November 2016. Cuti saya diterima Jawatankuasa Perhubungan Negeri dan dimaklumkan kepada presiden Datuk Seri Mah Siew Keong,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Teng yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa Pusat pada 2013 berkata sepanjang beliau bercuti, Naib Pengerusi Gerakan negeri Oh Tong Keong diberi tanggungjawab untuk menjalankan segala kuasa sebagai pengerusi seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

Pada Mei 2013, Teng meletak jawatan sebagai setiausaha agung Gerakan dan pengerusi BN negeri berikutan kekalahan teruk parti gabungan itu dalam PRU13 di Pulau Pinang, namun dilantik semula sebagai pengerusi Gerakan negeri pada April 2014.

Beliau dilantik sebagai pengerusi BN negeri pada April 2012 menggantikan bekas ketua menteri Pulau Pinang dan presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

— BERNAMA





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1qvdpRK

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.