50 Tips Cara Memikat Lelaki Ego
50 Tips Cara Memikat Lelaki Ego | Lelaki dan ego boleh diibaratkan seperti bagai aur dan tebing kerana ia adalah fitrah. Ia bukan sifat diri yang sengaja dibuat-buat tetapi telah tertanam dalam diri setiap lelaki.
Namun, kalau anda sebagai wanita yang mahu berdepan dengan lelaki sejati ini tidak perlu takut kerana ego lelaki bukan bermaksud sesuatu yang negatif kesemuanya.
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita terjah 50 Tips Cara Memikat Lelaki Ego yang dikongsikan oleh Media Sensasi di bawah ini khas buat pembacaan para pengunjung setia blog ini.
50 Tips Cara Memikat Lelaki Ego
- Sering lemparkan senyuman dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
- Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
- Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
- Jujur dan sentiasa merendah diri.
- Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
- Mempunyai bentuk badan yang menarik.
- Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
- Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
- Jangan terlalu mengongkong.
- Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
- Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
- Sering memberikan kad ucapan buat si dia.
- Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
- Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
- Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
- Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
- Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
- Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
- Jangan bandingkan si dia dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
- Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
- Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
- Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
- Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
- Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
- Mengetahui bila hari lahirnya.
- Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
- Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
- Manja!
- Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya.
- Jangan terlalu bersikap ganas dalam pergaulan.
- Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.
- Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
- Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
- Bersikap keibuan.
- Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
- Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
- Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
- Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
- Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas
- Jangan bersikap terlalu kuno.
- Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja.
- Kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
- Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama tetapi kamu tidaklah perlu terlalu alim.
- Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
- Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
- Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
- Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
- Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
- Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
- Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu
The post 50 Tips Cara Memikat Lelaki Ego appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.
Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!
Post a Comment