Hi! Welcome Back and Stay Tune! RoBattle 3 – Dron Tentera Dengan Rekaan Modular - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RoBattle 3 – Dron Tentera Dengan Rekaan Modular

Jutaan kerja yang dahulunya dilakukan oleh manusia akan pupus diambil alih oleh robot menjelang 2020. Di China 60000 pekerja kilang Foxconn sudahpun kehilangan kerja kerana robot mampu melakukan kerja mereka dengan lebih pantas. Ini adalah menyedihkan bagi mereka yang menyara keluarga mereka. Jika ada satu pekerjaan yang kami tidak peduli diambil alih sepenuhnya oleh robot ialah di sektor ketenteraan. RoBattle 3 ialah sebuah lagi dron ketenteraan yang dicipta untuk kegunaan di medan perang.

RoBattle 3 DRON tentera modular 2Dron yang mampu berfungsi secara automatik ini dilengkapi tiga pasang tayar dan seberat 7 tan. Rekaan modularnya membolehkan ia menjadi senjata membunuh dilengkapi mesingan ataupun menjadi platform mengintip kawasan musuh. Sistem panduan roda 6×6 dengan suspensi pneumatik membolehkan RoBattle 3 memanjat kawasan berbatu ataupun halangan kecil. Dron berkuasa diesel ini mampu menjalankan operasi selama 12 jam tanpa henti sebelum perlu kembali ke markas. Pihak Israel Aerospace Industries (IAI) menggunakan kepakaran mereka di dalam penghasilan dron yang mampu berfungsi di dalam pelbagai senario peperangan.

Robattle 3 bukanlah satu-satunya dron tentera yang telah dibangunkan. Sebelum ini ada kami paparkan THeMIS yang dibangunkan oleh Singapura yang turut mempunyai sistem modular. Penggunaan dron tentera seperti THeMIS dan RoBattle 3 adalah penting bagi negara yang tidak mempunyai jumlah tentera yang besar. Anggota tentera manusia adalah aset yang terlalu berharga untuk dibenarkan beroperasi di kawasan berisiko tinggi.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/297h7OE

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.