Hi! Welcome Back and Stay Tune! Android Pay Hadir Ke Asia – Bermula Daripada Singapura - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Android Pay Hadir Ke Asia – Bermula Daripada Singapura

Google telah memperkenalkan Android Pay tidak lama sebelum ini, membolehkan para pengguna untuk membuat pembayaran dengan mudah pada sebarang kedai fizikal melalui telefon pintar mereka. Selepas hanya eksklusif di beberapa buah negara sahaja, hari ini, Google turut telah melancarkannya secara rasmi di negara jiran kita, Singapura.

Android Pay

Sekiranya anda menetap di Singapura, kini anda sudah boleh memuat-turun aplikasi Android Pay, dan mula menguruskan pelbagai kad – sekaligus membuat pembayaran dengan hanya tap pada kedai-kedai yang menyokongnya. Untuk menggunakannya juga, pengguna perlu mempunyai telefon Android 4.4 dan terkini, serta pada masa yang sama menyokong NFC.

Singapura menjadi negara ketika untuk menerima sokongan Android Pay – iaitu selepas Amerika Syarikat dan juga UK.

Singapura juga sebelum ini telah menerima sokongan pembayaran melalui Samsung Pay dan juga Apple Pay. Ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan memperluaskan penawaran sama kepada negara-negara lain sekitar Asia – termasuk Malaysia.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29j7Teb

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.