Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Menerima Pampasan $10000 Kerana Kemas Kini Ke Windows 10 Tanpa Kebenaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Menerima Pampasan $10000 Kerana Kemas Kini Ke Windows 10 Tanpa Kebenaran

Kemas kini sistem operasi secara lazimnya diterima dengan tangan terbuka oleh pengguna. Pelbagai fungsi baru dapat digunakan disamping keselamatan data peribadi lebih terjaga. Ini adalah antara sebab mengapa ramai yang memilih peranti Nexus dan iPhone. Kepantasan kemas kini adalah penting bagi mereka. Tetapi tidak semua kemas kini membawa kesenangan. Seorang wanita di California baru sahaja menerima pampasan kerana kemas kini Windows 10 secara automatik.

Windows-10-pop-upTori Goldstein ialah pemilik sebuah agensi pelancongan. Komputer yang digunakan oleh beliau dikemas kini tanpa kebenaran menyebabkan ia gagal berfungsi dengan baik selama beberapa hari. Beliau menyaman Microsoft kerana mengakibatkan beliau kehilangan perniagaan selama beberapa hari. Kes tidak didengari di mahkamah kerana Microsoft bersetuju memberi $10000 (~RM 42000) sebagai ganti rugi atas kesusahan yang dialami dan untuk membeli sebuah PC baru. Ini merupakan kes pertama melibatkan sistem operasi terkini Microsoft. Adakah ia akan membuka pintu kepada pengguna lain untuk mendapatkan pampasan atas masalah yang dialami pasca kemas kini?






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/28ZCnRK

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.