Facebook Memperkenalkan Sokongan Mengubah Gambar Menjadi Video Secara Automatik Pada iOS
Pada Google Photos, dan terkini pada Apple Photos, fungsi menjana video secara automatik daripada gambar dan video yang tersimpan pada galeri telah sedia disediakan. Kini, Facebook turut membawa fungsi yang lebih kurang sama melalui aplikasi mereka untuk iOS.
Facebook menamakan fungsi ini sebagai Slideshows. Mereka akan menjana video secara automatik apabila anda merakamkan lebih daripada lima gambar dalam tempoh kurang 24 jam. Video yang dihasilkan akan menggunakan tema dan lagu yang ditawarkan secara automatik, tetapi pengguna boleh membuat penyuntingan padanya sekiranya diinginkan.
Fungsi ini hanya diperkenalkan untuk pengguna iOS sahaja buat masa ini.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29iB5SI
Post a Comment