Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Dan Aidiladha | Hukum melaksanakan solat sunat hari raya adalah sunat muakkad dan disyariatkan oleh Allah s.w.t. Junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. tak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehingga baginda wafat.

Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Dan Aidiladha

Solat sunat hari raya dilaksanakan antara waktu selepas terbit matahari sehingga sebelum tergelincir matahari. Ia disyari’atkan dilakukan secara kepada semua umat Islam tak kira lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang bebas atau hamba.

Solat sunat Aidilfitri diharuskan dilewatkan sedikit kerana mahu memberi masa kepada sesiapa belum mengeluarkan zakat fitrah.

Tanpa perlu membuang masa, apa kata kita terjah Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri yang dikongsikan oleh Media Sensasi di bawah ini khas buat tatapan para pengunjung setia blog ini.

Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

A. Lafaz Takbir Hari Raya

Sunat memperbanyak lafaz takbir pada malam dan sepanjang Hari Raya.

takbir raya

B. Cara Solat Sunat Aidilfitri

Para ulama telah ijma’ tentang cara-cara solat hari raya berdasarkan hadis;
“Amru bin ‘Auf Al-Muzani RA meriwayatkan Nabi s.a.w. bertakbir ketika solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha), pada rakaat yang pertama sebanyak 7 kali sebelum membaca Fatihah dan pada rakaat yang akhir sebanyak 5 kali sebelum membaca Fatihah.”

1. Niat Solat Aidilfitri

Niat Solat Sunat Aidilfitri

2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Kafirun.
Rakaat kedua: Surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas.

C. Cara Perlaksanaan Solat Aidil Fitri

1. Pada rakaat pertama
a. Selepas Takbiratul-ihram dan doa Iftitah, bertakbir sebanyak tujuh kali yang diselangi tasbih.

Cara Perlaksanaan Solat Aidilfitri

b. Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ketujuh, baca surah al-Fatihah dan surah lazim.

c. Lakukan rukun seterusnya sebagaimana solat biasa.

2. Rakaat kedua:
i) Bertakbir lima kali, diselangi tasbih seperti rakaat pertama.
ii) Disambung dengan bacaan al-Fatihah dan surah pilihan.
iii) Teruskan seperti solat yang lain sehingga selesai salam kedua.

d. Perempuan
Pada Hari Raya semua umat Islam termasuk perempuan yang haid, dituntut meramaikan perhimpunan solat Hari Raya, bertakbir dan berdoa bersama-sama bagi mendapatkan keberkatan dan kesucian pada hari itu. Meskipun tidak ikut sama bersolat.

The post Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.






Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.