Hi! Welcome Back and Stay Tune! Flash Plus 2 Dengan Memori 3GB RAM Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM729 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Flash Plus 2 Dengan Memori 3GB RAM Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM729

Flash Plus 2 merupakan salah satu peranti baru dibawah jenama Flash. Bagi anda yang tertanya-tanya, Flash merupakan sebuah jenama yang sinonim dengan Alcatel sebelum ini, tetapi bermula Mei 2016 yang lepas, TCL Communication telah mula mengoperasikan Flash sebagai sebuah jenama berasingan.

Berbalik kepada Flash Plus 2, ia merupakan sebuah peranti dengan spesifikasi pertengahan, tetapi turut membawakan beberapa ciri-ciri dan rekaan seumpama peranti popular lain.

Flash Plus 2 - DSC06015

Dari segi spesifikasi, Flash Plus 2 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p, cip MediaTek Helio P10, kamera 13-megapixel pada bahagian belakang dan kamera hadapan 5-megapixel.

Bahagian kerangka belakang peranti ini boleh ditanggalkan untuk menyertakan kad SIM ataupun kad mikro-SD.

Flash Malaysia sebelum ini telah mula menjual versi 2GB RAM dengan ruangan storan 16GB pada harga RM599. Kini, Flash Malaysia turut membawa masuk versi terbaru, iaitu 3GB RAM dengan ruangan storan 16GB. Ia akan dijual pada harga bermula RM729 – dan boleh dibeli melalui Lazada Malaysia hari ini. Penghantaran akan dilakukan bermula 30 Jun 2016 ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/28Ywt3b

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.