Mama Masuk Hospital. Lima Beradik Berbuka Dan Sahur Hanya Dengan Mi Segera !!!
Mama Masuk Hospital. Lima Beradik Berbuka Dan Sahur Hanya Dengan Mi Segera !!! |Batu Caves: “Sejak mama masuk hospital, kami hanya bersahur dan berbuka puasa dengan mi segera, itu pun terpaksa berkongsi,” begitu luah Nor Alya Dayana Muhammad Nadzri, 12, anak sulung daripada lima adik-beradik yang kini menjadi ketua keluarga selepas ibu mereka, Elya Susanti Ab Rakit terlantar di hospital lebih seminggu lalu akibat masalah saraf.
Lebih menyedihkan, Dayana bersama adik-adiknya Nor Alya Sabrina, 11, Nur Alya Wardina, 10, Muhammad Irfan Danish, 8 dan Muhammad Imran Danish,7, bukan saja terpaksa menguruskan diri sendiri malah hidup dalam kesempitan.
“Bila jemu makan mi segera, kami makan roti. Apa pun yang berlaku, saya pegang pesan mama, suruh saya jaga adik-adik. Mama juga berpesan supaya kami jangan meminta-minta walaupun susah.
Ibu mereka, Elya Susanti, yang mengalami masalah saraf sejak tujuh tahun lalu menjalani pembedahan belakang bagi kali ketiga baru-baru ini dan kini masih dirawat di Hospital Al-Islam, Kuala Lumpur.
Kisah kesempitan lima adik-beradik ini terbongkar apabila seorang guru Sekolah Kebangsaan Taman Samudera, di sini, Azlina Jafnus, mendapat tahu bahawa Dayana dan adik-adiknya hidup sendirian selepas ibu mereka dimasukkan ke hospital.
Kunjungan lanjut Azlina ke rumah lima bersaudara itu mendapati mereka hidup dalam keadaan tidak terurus dan susah. Malah, kerana kesempitan hidup, Dayana dan adik-adiknya tidak mampu untuk menziarah ibu mereka yang terlantar di hospital.
Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun PIBG Bank Muamalat 14050004211714 atau menghubungi talian 019-3692097 (Azlina) dan 0192775694 (Farizah).
Sumber : Mymetro
P.S. 1 – Baru Masuk Islam.. Respons Majikannya Buat Dr Zakir Naik PILU !!!
P.S. 2 – Wartawan The Star Dedah BAHAYA Minum Dari Mesin Air Layan Diri Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Kahwin Suami ALIM Di Depan. Rupa-rupanya Malam Itu Suami Saya Sanggup Kunci Pintu Kerana…….
P.S. 4 – Isu D’Herbs KFA… Ini Luahan Warga Pokok Sena Yang Buat Ramai Tumpang SEDIH !!!
P.S. 5 – PANAS….Inilah Pendedahan TERBARU DS Mukhriz Mahathir Tentang Isu 2.6b Yang Buat Ramai Ahli UMNO TERKEJUT !!!
The post Mama Masuk Hospital. Lima Beradik Berbuka Dan Sahur Hanya Dengan Mi Segera !!! appeared first on MY BERITA VIRAL.
from MY BERITA VIRAL http://ift.tt/2970Vgg
Post a Comment