Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahli perniagaan mangsa ragut di Jalan Matang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahli perniagaan mangsa ragut di Jalan Matang

KUCHING: Seorang ahli perniagaan tampil membuat laporan polis mendakwa diragut empat lelaki menunggang dua motosikal di Jalan Matang, dekat sini semalam.

Wanita berusia 48 tahun itu semasa kejadian dikatakan singgah di sebuah pusat komersial untuk membeli barang keperluan sekitar jam 6 pagi apabila dihampiri keempat-empat suspek.

Tanpa mengesyaki perkara buruk berlaku menyebabkan mangsa tidak mengendahkan kehadiran suspek sebelum seorang daripadanya bertindak meragut beg tangan mangsa.

“Kejadian berlaku terlalu pantas sehingga mangsa tidak sempat mengecam nombor pendaftaran dan jenis motosikal digunakan keempat-empat suspek terbabit,” kata sumber.

Mangsa berasal dari Kampung Jaya Bakti itu kemudian melaporkan insiden tersebut di balai polis berdekatan dan antara yang dilaporkan hilang ialah dokumen peribadi serta wang tunai sekitar RM1,500.

Siasatan lanjut polis berhubung kejadian masih giat dijalankan.





Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/28RGbXk

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.