Rumah panjang inap desa di Kampung Sentah terbakar
KUCHING: Sebuah rumah panjang yang dijadikan sebagai inap desa di Kampung Sentah, Siburan dekat sini musnah dalam kebakaran selepas gagal diselamat ekoran faktor jalan raya pagi semalam.
Difahamkan, bomba gagal membawa jentera ke tempat kejadian kerana keadaan jalan raya sempit sekali gus menyukar usaha memadam kebakaran.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 4.05 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 4.28 pagi.
“Jentera tidak dapat sampai ke lokasi memandangkan keadaan jalan raya yang sempit dan pasukan bomba terpaksa menggunakan kenderaan utiliti Hilux untuk meneruskan perjalanan.
“Setiba di lokasi kejadian, didapati rumah panjang berkenaan telah terbakar 100 peratus dan tiada tindakan operasi kerana tiada punca air di kampung berkenaan,” katanya.
Tambahnya lagi, pasukan bomba hanya menjalankan pemantauan dan mendapatkan maklumat perihal kejadian.
“Kebakaran terpadam dengan sendiri dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya lagi.
Seramai empat anggota dari Balai Bomba Siburan dikerahkan ke tempat kejadian.
Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/293EVih
Post a Comment