Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ops Khas Pagar Laut kekang penyeludupan barang, PATI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ops Khas Pagar Laut kekang penyeludupan barang, PATI

Operasi tiga fasa dilancar, persiapan menjelang Aidilfitri

// Oleh Agnes Tugong //

PENERANGAN Puzi (tengah) bercakap pada sidang media di Jeti APMM Wilayah Sarawak, Muara Tebas semalam. Turut kelihatan Ismail (kiri).

PENERANGAN Puzi (tengah) bercakap pada sidang media di Jeti APMM Wilayah Sarawak, Muara Tebas semalam. Turut kelihatan Ismail (kiri).

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak semalam melancarkan Ops Khas Pagar Laut 01/2016 menjelang perayaan Aidilfitri yang bakal tiba.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata operasi khas ini telah dilaksanakan di seluruh negara sebelum puasa termasuk Sabah dan Sarawak.

“Fokus utama operasi ini adalah bagi membanteras aktiviti penyeludupan masuk dan keluar barangan kawalan serta pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan perairan di sempadan negara.

“Dalam operasi ini, kawalan kawasan perairan sempadan dan pintu masuk menjadi kawasan titik panas akan dipetingkat dengan kehadiran sekurang-kurangnya tiga aset setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Jeti APMM Wilayah Sarawak di Muara Tebas di sini semalam sebelum Majlis Penyerahan Sumbangsih Kuih Raya 2016 oleh Toh Puan Ragad Kurdi Taib.

Mengulas lebih lanjut mengenai operasi ini, ia merangkumi tiga fasa iaitu fasa persediaan dengan pengumpulan maklumat dan siap siaga aset, fasa kedua iaitu tugas penguatkuasaan sebelum perayaan dan fasa ketiga iaitu penguatkuasaan selepas perayaan.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM1.3 billion bagi pembinaan sembilan buah kapal APMM dengan kapal pertama dijangka akan siap pada hujung tahun ini.

Kesemua kapal ini akan dibina dalam negara menggunakan teknologi dari Jerman lengkap dengan alat seperti Drone yang boleh dihantar membuat tinjauan bagi mengenal pasti sasaran di luar pandangan.

Kapal yang akan dibina ini adalah jenis New Generation Patrol Craft dan Offshore Patrol Vessel secara berperingkat sebelum diagih ke seluruh negara mengikut keperluan sebaik siap kelak.

Dari segi tahap keselamatan perairan negara pula, Puzi berkata dalam tempoh 10 tahun ini APMM telah membuat tangkapan dengan nilai tidak kurang daripada RM290 juta manakala penyelamatan pula hampir RM600 juta berjaya diselamat sebagai contoh feri dan bot nelayan.

APMM juga telah membantu tidak kurang daripada 4,000 nyawa menghadapi masalah di lautan sebagai contoh bot hanyut, bot karam dan lain-lain masalah ketika berada di lautan negara.

“Baru-baru ini APMM Sarawak telah berjaya menangkap lapan buah bot yang membuat pindahan ikan ke kapal induk yang mana adalah satu pelanggaran undang-undnag negara.

“Sehubungan itu, saya memohon kepada nelayan tempatan dan penduduk setempat serta sahabat Maritim untuk tampil memberi maklumat kepada APMM bagi membendung kegiatan yang menyalahi undang-undang di laut,” ujarnya.

Turut hadir, Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Ismail Pit serta lain-lain.





Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/28RFVYs

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.