Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ops Selamat dilancar pada 28 Jun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ops Selamat dilancar pada 28 Jun

Operasi pantau keselamatan pengguna jalan raya menjelang Aidilfitri

// Oleh Nick Fletcher //

KESELAMATAN DIUTAMAKAN: Polis lancar Ops Selamat di seluruh negeri bermula 28 Jun ini sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

KESELAMATAN DIUTAMAKAN: Polis lancar Ops Selamat di seluruh negeri bermula 28 Jun ini sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

KUCHING: Polis akan melancarkan Ops Selamat di seluruh negeri bermula 28 Jun ini sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata operasi itu adalah untuk memantau keadaan di jalan raya bagi memastikan pengguna jalan raya dalam keadaan selamat.

“Operasi ini untuk memastikan kadar kemalangan di jalan raya dapat dikurang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya ‘Hari Raya Balik Kampung 2016’ anjuran Persatuan Peniaga Motosikal dan Basikal Kuching (PPMBK) di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi PPMBK Lau Soon Yiun, Penolong Pengurus Besar Demak Marketing Sdn Bhd Ling Boo Hiung serta wakil-wakil daripada JKJR, JPJ, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

Selain itu, Abang Ahmad berkata polis juga akan mengadakan sekatan jalan raya dalam sepanjang tempoh operasi berkenaan dan pada masa sama mempertingkat rondaan terutama kawasan perumahan.

“Ops Selamat bukan sahaja menjurus kepada keselamatan jalan raya tetapi juga keselamatan rumah ditinggal pemilik kerana pulang bercuti di kampung bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada pemilik-pemilik rumah yang hendak meninggalkan rumah dalam tempoh yang agak lama supaya melaporkan kepada polis agar langkah keselamatan seperti rondaan dapat dijalankan bagi mengelakkan rumah dipecah masuk pencuri.

Sementara, Abang Ahmad turut memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di bandar raya ini adalah amat terkawal.

“Polis sentiasa berusaha mengekang jenayah dan semua jabatan serta elemen  dikerahkan bagi memastikan Kuching boleh didiami aman dan selamat,” katanya.

UTAMAKAN KESELAMATAN: Abang Ahmad memakaikan helmet kepada seorang penunggang motosikal sambil disaksikan oleh Lau (kiri) sempena pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya ‘Hari Raya Balik Kampung 2016’ anjuran PPMBK di Kuching, semalam.

UTAMAKAN KESELAMATAN: Abang Ahmad memakaikan helmet kepada seorang penunggang motosikal sambil disaksikan oleh Lau (kiri) sempena pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya ‘Hari Raya Balik Kampung 2016’ anjuran PPMBK di Kuching, semalam.





Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/293F7hp

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.