Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berselindung di sebalik kedai runcit jual nombor ekor haram - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berselindung di sebalik kedai runcit jual nombor ekor haram

SIBU: Taktik berselindung di sebalik kedai runcit menjual nombor ekor haram di kawasan perkampungan Jalan Sentosa berjaya dihidu pasukan polis D7 di sini apabila seorang lelaki warga tua dicekup dalam Ops Dadu di sini, petang kelmarin.

Bertindak daripada maklumat dan intipan, pasukan D7 di sini diketuai oleh Insp Hairul Hussin telah melakukan satu serbuan di sebuah premis kedai runcit di Lorong 5B Jalan Sentosa sekitar jam 3.30 petang.

Hasil pemeriksaan mendapat seorang lelaki warga tua berumur 69 tahun dan berbanga Cina didapati menjual nombor ekor haram di premis kedai runcit tersebut.

Pihak polis turut merampas beberapa peralatan berkaitan kegiatan nombor ekor haram termasuk sebuah kalkulator, pen, beberapa keping kertas yang ditulis nombor dan wang tunai berjumlah RM243 dipercayai hasil jualan kegiatan haram tersebut.

Suspek terbabit kemudiannya dibawa ke balai polis untuk tindakan dan siasatan lanjut. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4A (a) Akta Judi Rumah Terbuka (ARJT) 1953.





Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/293EYuJ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.