Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penunggang maut bertembung kereta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penunggang maut bertembung kereta

MAUT: Keadaan mangsa yang maut di tempat kejadian.

MAUT: Keadaan mangsa yang maut di tempat kejadian.

BINTULU: Seorang penunggang motosikal maut apabila motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Proton Saga di simpang Kampung Jepak laluan Jalan Bintulu-Tatau pada jam 6.45 pagi semalam.

Mangsa  maut dikenal pasti sebagai Sulaiman Anding, 44, dari Rumah Usek Sungai Keriok Niah.

Manakala pemandu kereta, Maxwell Aling, 24, berasal dari Rumah Selan, Sungai Engkasu Tubau, Sebauh tidak mengalami kecederaan dan penumpangnya, Cyindie Mina Ajun, 24, pula mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kedua-duanya adalah  guru.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zailanni Amit berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Saga tersebut dari arah Bintulu hendak masuk ke simpang Jepak telah dilanggar motosikal mangsa yang bergerak di jalan lurus dari arah Lapangan Terbang Bintulu menuju ke bandar Bintulu.

“Kejadian itu mengakibatkan penunggang motosikal tercampak dari motosikal dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala pemandu kereta Proton Saga tidak mengalami sebarang kecederaan dan penumpangnya cedera di bahagian kepala kini masih menerima rawatan,” ujarnya.

Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu kereta terbabit telah ditahan untuk tindakan selanjutnya.





Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/293EZPc

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.