Eric Chiu dilantik presiden CP Sibu
SIBU: Kaunselor Eric Chiu Ing Siong dilantik menjadi presiden Persatuan Kepolisan Komuniti Sibu (CP Sibu) pada Mesyuarat Agungnya pertama diadakan di sini kelmarin.
CP Sibu yang telah didaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) secara rasminya pada 5 Mei tahun ini.
Penubuhan CP Sibu mempunyai matlamat memberi kesedaran ke atas keperluan tanggungjawab bersama di antara masyarakat dan polis dengan mengurangkan serta menidakkan peluang untuk jenayah berlaku.
Untuk mencapai matlamat itu, CP Sibu yang mempunyai 650 keahlian akan merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti pencegahan jenayah dan rondaan sukarela bersama polis melalui program kepolisan komuniti.
Pada AGM itu juga, Tieng Mee Ann juga dilantik menjadi Naib presiden, Wong Hao (Setiausaha), Sia Yuk Teck (Naib Setiausaha), Hwang Chee Siong (Bendahari), Peter Ling (Ketua Hal-Ehwal) dan 15 orang lagi menjadi ahli Exco.
Mereka adalah Ting How Yong, Tseng Lian Hock, Trevor Wong Ung Chung, Jordan Lay teck Kyu, Yek Chu Tiing, Tiong Teo Ming, Wong Chong Hu, Teau Voon Ann, Jacky Tang Sii Hwang, Tang Soon Huat, Mathew Yong Chai cheng, Kho Yun How, Dennis Tan Tai Wei, Stephen Lau Shi Zhang dan Jamilah Mohammad Dollah.
Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/293F05O
Post a Comment