Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas wakil rakyat di Selangor ditahan, ambil rasuah RM30,000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas wakil rakyat di Selangor ditahan, ambil rasuah RM30,000

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas anggota parlimen (MP) di Shah Alam bersama wang berjumlah RM30,000 yang diterima daripada seorang kontraktor. — Foto oleh Yusof Mat Isa SHAH ALAM, 16 Jun ― Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas anggota parlimen (MP) di Selangor bagi membantu siasatan berhubung satu kes rasuah di sini petang semalam.

Sumber SPRM berkata lelaki itu ditahan bersama wang berjumlah RM30,000 yang diterima daripada seorang kontraktor.

Bekas wakil rakyat itu dipercayai menerima wang rasuah itu daripada seorang kontraktor bagi membolehkan syarikat berkenaan mendapat tender membaik pulih kemudahan awam, menurut sumber berkenaan.

“Penahanan  itu dilakukan selepas SPRM melakukan intipan selama empat bulan. Sebelum ini pihak kami sudah menerima beberapa laporan membabitkan penyalahgunaan kuasa yang dilakukannya,” kata sumber itu ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, pengarah bahagian aiasatan SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan bekas MP itu di sekitar Shah Alam.

“Saya tidak dapat mengulas lanjut perkara ini kerana siasatan masih dilakukan. Bekas MP itu berada dalam tahanan SPRM Selangor bagi tujuan (siasatan) itu,” katanya.

Bekas anggota parlimen itu dibebaskan SPRM pada kira-kira pukul 3 petang ini setelah selesai memberi keterangan.

Ketika ditemui pemberita, lelaki itu menafikan beliau terlibat dalam kegiatan rasuah seperti yang dilaporkan. ― Bernama



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/1UAxfTA

via Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.