Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahathir nafi MKN sama seperti ISA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahathir nafi MKN sama seperti ISA

mahathir-isa

KUALA KANGSAR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tanggapan bahawa Akta Majlis Keselamatan Negara 2015 (MKN) sama sahaja dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang pernah digunakannya dulu.

Tidak seperti MKN yang mengenepikan suara Majlis Raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong, beliau berkata ISA mendapat keizinan Agong.

“ISA boleh digunakan kerana Agong isytihar darurat. Kalau tidak, tak boleh guna. MKN ini Agong tolak, tetapi diteruskan juga,” katanya dalam sidang media selepas program bersama Amanah di Jerlun.

Tidak seperti ISA, katanya lagi, mereka yang ditahan MKN juga tidak boleh membawa kes ke mahkamah jika didapati penahanannya tidak berasas.

“MKN merampas kuasa Agong, berbeza dengan ISA di mana kerajaan diberi kuasa oleh Agong untuk bertindak.

“Tak ada persamaan (dengan ISA). Inilah undang-undang yang diperkenalkan oleh Najib,” katanya lagi.

Akta itu antara lain membolehkan MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri sendiri untuk menguatkuasakan darurat di kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan, tanpa melalui Agong.

Selepas Rang Undang-undang (RUU) MKN ditaklimatkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja pada 17 Februari 2016 lalu, Majlis Raja-raja mengembalikannya kepada Pejabat Peguam Negara dan menitahkan agar memperhalusinya terlebih dulu.

Namun satu warta bertarikh 7 Jun 2016 mengumumkan ia telah diwartakan sebagai undang-undang mengikut Fasal 4(a) Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan.

Fasal itu menyatakan apa-apa rang undang-undang secara automatik menjadi undang-undang 30 hari selepas dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong walaupun tanpa perkenan baginda.

Ia mencetuskan kemarahan ramai pihak apabila kerajaan dilihat mengenepikan suara Raja-raja bagi meluluskan RUU itu.

Mahathir turut dikritik memandangkan beliaulah yang meminda Perlembagaan bagi membolehkan RUU diwartakan tanpa perkenan Agong.

“Ketika itu, kerajaan benar-benar mewakili rakyat,” jawab Mahathir mempertahankan tindakannya, “Jadi suara rakyat perlu melangkaui suara Raja-raja. Undang-undang diubah kerana kita merasakan masalahnya adalah Raja-raja.

“Nampaknya kini masalah bukannya Raja-raja. Najib – yang mewakili rakyat – yang tersasar dalam memerintah seperti (diktator Uganda) Idi Amin,” katanya lagi.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1OrAWP0

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.