Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kelab Greenboc - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Aku Nak Debat Dengan Rosmah, Bukang Dengan Tukang Angkat Beg...

Posted: 16 Jun 2016 01:47 AM PDT

Ahli Parlimen Pandan YB Rafizi Ramli menyatakan beliau tidak takut untuk berhadapan dengan sesiapapun dalam isu jet mewah yang ditimbulkan baru-baru ini.

Namun katanya, biarlah orang yang hendak berhadapan itu sama ada Rosmah sendiri atau paling kurang Datuk Seri Najib Razak yang disifatkannya sebagai "pembantu Rosmah paling kanan".

"Saya sanggup dan alukan kalau nak debat, tapi nak debat dengan Rosmah sendiri lah. Saya nak tanya apa yang dia bawa dalam beg itu.


"Kalau Rosmah tak nak, paling kurang saya boleh berdebat dengan pembantu Rosmah paling kanan, bukan Rizal Mansor yang tolong angkat beg Rosmah.

"Siapa paling kanan? Najib Razak lah," katanya sambil menambah bersedia berdebat di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Setiausaha Agung Keadilan itu berkata demikian sebagai jawapan balas terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau takut kepada pegawai khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor.

"Malam ini (semalam) habis TV3 kata saya penakut, tak berani berdepan dengan Rizal. Sampai Datuk Seri Zahid Hamidi pun (komen)," ujarnya.

Ini ekoran tindakan Rafizi yang tidak membenarkan Rizal hadir pada sidang medianya semalam.



[VIDEO] "Oren" Warna Tok Sami, Nik Amar Memang "Nanar"

Posted: 15 Jun 2016 07:25 PM PDT

'Oren' AMANAH nanar, warna serupa tok sami - PAS

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyeru pengundi di parlimen Kuala Kangsar menolak Parti Amanah Negara (AMANAH) pada pilihan raya kecil (PRK) 18 Jun ini.

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata ini kerana parti dengan logo berwarna jingga itu sebuah parti 'nanar'.

"Orang PAS kena kekal undi PAS. Jangan tukar dengan oren. Parti oren ini bagi saya parti nanar. Orang Kelantan kata nanar ini bengong. Politik dia politik nanar," katanya ketika berucap dalam ceramah di Dataran Menora, Sayong, Kuala Kangsar malam tadi.



Mohd Amar berkata bukti AMANAH sebuah parti 'nanar' adalah apabila ia gagal membezakan warna logonya dengan warna pakaian tok sami, manakala lambangnya pula menyerupai sebuah stesen tv di India, Imayam TV.

"Bukti nanar ini, nak pilih warna pun tak pandai. Sebanyak-banyak warna yang ada dalam dunia ini yang Tuhan buat, dia pilih warna nak serupa dengan tok sami.

"Lambang pula lambang Imayam TV. Di situ nampak dah tak pandai memilih. Jadi kalau macam ni nak jadi pemimpin macam mana?," soal Mohd Amar di hadapan kira-kira 50 penyokong parti itu.

Beliau juga mengajak pengundi Kuala Kangsar melakukan perubahan dengan menolak Umno kerana gagal meletakkan Islam sebagai keutamaan dan masih bersikap sekular. -petikan mk

ULASAN GB

Nik Amar ni memang celupar, lebih kurang sama dengan beberapa pemimpin PAS yang lain.

Membuat tuduhan dan tohmahan, umpama meludah ke langit yang akhirnya terkena muka sendiri.

Warna oren AMANAH yang dipertikaikannya. Kononnya warna itu warna Tok Sami .

Sedang semua warna adalah milik Allah, tiada kelebihan satu warna ke atas satu warna yang lain. Dalam ilmu tauhid, sebarang warna adalah "aradh" iaitu "sifat bagi sesuatu jirim dan jisim". Semuanya adalah "baharu" belaka melainkan Allah, yang hanya Dia Zat Yang Qadim.

Sebelum ini pun PAS telah banyak kali menggunakan warna oren (sila tonton video di bawah).

Mengenai logo yang dituduh menyerupai IMAYAM, dia terlupa bahawa logo PAS itu juga serupa dengan logo bendera negara Bangladesh. Ciplak?

Begitulah. Dan nampaknya Nik Amarlah begitu rendah tahap mentaliti dan yang sebenarnya "nanar" (bengong).





from BLOG - BLOG PRO POLITIK http://ift.tt/1tswg1s
Berita Politik Tempatan Gidei-Giyen-Ginan

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.