Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berilah kami ‘peluang kedua’, rayu Rayani Air lepas lesen dibatal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berilah kami ‘peluang kedua’, rayu Rayani Air lepas lesen dibatal

Syarikat bermasalah Rayani Air masih berharap dapat beroperasi semula, setelah lesen dibatalkan hari ini, bawah pengurusan baru. — Foto ihsan Facebook/Rayani AirKUALA LUMPUR, 13 Jun — Rayani Air hari ini merayu agar dibenarkan beroperasi semula bawah pengurusan baharu selepas lesen-lesen utama dibatalkan.

Pemilik dan ketua pegawai eksekutif Ravi Alegandrran berkata rundingan dengan pelabur sudah hampir muktamad dan pengurusan baharu itu mampu memulihkan syarikat. 

“Rayani Air Sdn Bhd akan merayu kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk memberi peluang kedua agar pelabur baharu dapat membaiki dan menguruskan syarikat,” katanya.

Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) dan Sijil Pengendali Udara (AOC) syarikat penerbangan patuh syariah pertama itu, yang dilanda masalah, dibatalkan hari ini.

“Pembatalan berlaku di saat-saat rundingan kami bersama pelabur untuk pemilikan ekuiti Rayani Air setelah menyedari pemilik dan pengurusan sekarang tidak berupaya memulihkan syarikat. 

“Pasukan pengurusan pelabur baru yang kuat dan berkelayakan akan memulih dan mengurus syarikat jauh lebih baik daripada kami,” katanya.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/1YmEi81

via Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.